Doa-doa di musim peperiksaan
1- Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ
وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ
عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا
تَشَاءُ قَدِيْرٌ
.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu
kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya
Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi
dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala
apa yang Engkau kehendaki.”
2- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ
فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ
.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang
aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku
ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas
segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1.
Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya:
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang
benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara
keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2.
Ketika menerima kertas soalan:
قَ
الَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku
tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham
perkataanku.”
3.
Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4.
Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
.
Maksudnya:
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau
jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan
kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5.
Jika anda terlupa jawapan:
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
.
Maksudnya:
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada
keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
Sumber : isnurtaqwa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan