Jangan Berkahwin Kerana 7 Alasan Ini!
Perkahwinan
merupakan peristiwa suci yang menyatukan dua orang dalam satu ikatan.
Ada janji setia sehidup semati yang perlu dijaga.
Agar
perkahwinan wujud menjadi rumah tangga yang harmoni dan berkekalan, anda
perlu punya cinta dan keyakinan terhadap pasangan. Jangan berkahwin
hanya kerana alasan berikut ini,
1. Berkahwin hanya kerana harta
Di awal
perkahwinan, mungkin anda begitu menikmati kehidupan rumah tangga.
Namun, kehidupan rumah tangga tanpa landasan cinta kuat tentu jauh dari
harmoni dan berkekalan. Apalagi jika di tengah perjalanan rumah tangga,
pasangan kehilangan harta. Atau, anda bertemu dengan lelaki yang jauh
lebih kaya dan memikat.
2. Ingin meninggalkan rumah orang tua
Ini biasanya
menimpa mereka yang hidup di tengah keluarga penuh konflik. Berkahwin
seringkali menjadi jalan pintas agar dapat keluar dari suasana rumah
yang mungkin seperti ‘neraka’. Namun, meninggalkan rumah bersama suami
bukan jawapan mutlak. Perkahwinan yang dibina seperti ini boleh membuat
anda terjebak dalam konflik baru yang lebih rumit.
3. Kerana orang tua menyukainya
Ini bukan
alasan tepat bagi anda dan pasangan akan melangsungkan perkahwinan.
Ingat, yang akan hidup dengannya adalah anda sendiri, bukan orang tua
anda. Jangan biarkan anda terjebak dengan peribadi yang sebenarnya belum
anda yakini terbaik sebagai pasangan hidup.
4. Ingin merasakan hubungan lebih intim
Ketika
kekuatan agar dapat berhubungan lebih intim menjadi alasan kuat
berkahwin, ini berbahaya. Tujuan utama perkahwinan bukan lagi membina
kehidupan rumah tangga yang harmoni dan berkekalan, tapi hanya ‘malam pertama‘.
Apabila rasa ingin tahu telah dijawab, tak mustahil rasa bosan mula
melanda, rasa sayang mula menguap, dan hujung dari ini semua adalah
kehancuran rumah tangga.
5. Ingin punya anak
Ingin punya
anak sememangnya menjadi pendorong kuat bagi ramai orang untuk
berkahwin. Namun, apakah anda ingin membawa anak dalam keadaan yang
tidak ideal? Landasan cinta adalah harga mati. Jangan sampai anak anda
kelak menjadi korban ketidakharmonian rumah tangga. Atau, malah anda
boleh menjadi orang tua tunggal kelak.
6. Berkahwin dengan peselingkuh
Ada beberapa
kes orang berkahwin secara diam-diam dengan selingkuhannya. Awalnya,
mungkin akan berjalan dengan baik. Namun, untuk jangka panjang,
perkahwinan ini boleh menjadi malapetaka.
Ingat,
pernikahan ini terjadi di atas penderitaan orang lain. Ini ertinya
masing-masing berani mengambil risiko mencari kebahagiaan tanpa peduli
nasib pasangan utama masing-masing. Bukan tak mungkin pasangan akan
kembali curang, dan anda menjadi mangsa seterusnya.
7. Tekanan sosial
Ini
seringkali menimpa mereka yang sudah memasuki usia bersedia berkahwin,
namun masih membujang. Mereka umumnya merasa terpojok dengan soalan yang
dilontarkan rakan dan keluarga, “Bila berkahwin?” Jangan sampai tekanan
ini membuat anda mengahwini orang yang salah.
Sumber bestoneoffour
Tiada ulasan:
Catat Ulasan