Malaysia memantau penahanan dua rakyatnya di Lubnan
Ahad October 28, 2012
Penunjuk
perasaan Lubnan di Beirut, 25 Oct, 2012, yang dianjurkan oleh kumpulan
masyarakat sivil, memegang lilin dinyalakan semasa “White Mac” menentang
keganasan dan perjuangan politik di negara itu. — Foto fail Reuters
“Buat masa ini, siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Lubnan dan Kementerian Luar sedang memantau perkembangan kes tersebut.
“Malaysia tidak menyokong mana-mana fahaman ekstremisme atau radikal yang boleh menjejaskan keselamatan sesebuah negara dan rakyatnya, dan dalam hal ini menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Anifah berkata, kedua-dua mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Tentera di Beirut pada 25 Okt lalu dan pertuduhan terhadap mereka telah dibacakan. Mereka akan dihadapkan semula di mahkamah pada Isnin (29 Okt).
“Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan sedang mengambil langkah untuk bertemu dua rakyat Malaysia tersebut dan memberikan nasihat guaman,” katanya.
Keluarga kedua-dua suspek juga telah dimaklumkan mengenai penahanan mereka, tambah beliau. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan