Ahli fizik barat kaji matahari terbit dari barat peluk Islam
Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua
minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk
agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan
apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry
Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang
fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama
seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan
kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry.
Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang
lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya
menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam
Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi
pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya
bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk
Islam.
Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama
sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics
dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam
bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah
globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran
bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu.
Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari
nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah
mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya.
Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih
dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang
mencipta alam ini sendiri.
Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru
dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan
pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh
dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet
yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses
aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet
kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada
paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”.
Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.
Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak”
yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada
paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya
seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula
bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan
tersebut.
Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak
dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada
tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam
setahun.
Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga
mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan
pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian
tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah
yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.
Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam
buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh
kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan.
Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak
mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.
Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi
kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia
telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua
mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman
seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)
Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian
tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali
seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis
NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah.
Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya
matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan
tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit
sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka,
apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan
dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari,
Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan