Sabtu, 31 Julai 2010

TOPIKAL KERTAS 2 TINGKATAN 4

BAB 1
1.A)Masyarakat tamadun Indus menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Nyatakan kegiatan ekonomi masyarakat tersebut

Perdagangan
Pertanian
Pertukangan
Pembuatan

B)Buktikan masyarakat tamadun Indus telah pun mempunyai pegangan agama?
Patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan
Penemuan patung proto-Siva
Objek bentuk seseorang duduk bersila dengan stail yoga
Terdapat tiga tanduk di kepala objek yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva
Percaya kepada Tuhan Ibu
C)Nyatakan sifat keterbukaan yang dimiliki oleh masyarakat tamadun Indus
Membuat hubungan dan bertukar pandangan dengan phak lain
Hubungan dengan tamadun Mesopotamia / Mesir Purba
Berlaku pertukaran teknologi
Pengaruh dari luar disesuaikan dengan suasana tempatan

D)Sebagai generasi muda hari ini, apakah yang anda boleh pelajari daripada masyarakat tamadun Indus?

Kemahiran dalam bidang seni bina
Perlu gabungan kepakaran untuk membina bandar terancang
Keperluan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan

2.A)Senaraikan golongan-golongan yang berada di lapisan yang berikutnya
Golongan petani
Golongan artisan
Golongan tentera
Golongan paling bawah ialah hamba.

B)Senaraikan pekerjaan yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun Hwang Ho.
Sebagai tentera
Sebagai petani
Golongan artisan / mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata, dan barang tembikar.
Golongan hamba.

C)Buktikan amalan agama dan kepercayaan yang telah wujud dalam masyarakat tamadun Hwang Ho
kepercayaan anismisme.
mempercayai politeisme seprti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
penilikan tulang oracle

D)Pada pandangan anda, apakah sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian yang kita warisi sehingga ke hari ini

Membina sistem pengairan untuk
Sistem kawalan banjir untuk mengairi kawasan pertanian.
teknologi pembajakan
mencipta cangkul dan sabit.
pengenalan pengunaan batas untuk pertanian
Peralatan pertanian daripada logam besi bagi menggantikan peralatan daripada kayu

ESEI
BAB 1

A)Nyatakan proses pembentukan tamadun awal Indus
Penduduk nomad di barat laut India membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus yang menyediakan sumber air dan terdapat tanah yang subur.
Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar
Peningkatan hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
Pembentukan dua bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.

B) Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa adalah dua buah bandar yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Jelaskan ciri-ciri istimewa bandar tersebut

Sebuah bandar terancang
terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.
Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.
Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalanraya yang lurus dan bersambung antara satu sarna lain.
Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri
Kemahiran geometri hasil daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
Mengunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.
Mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
Bandar-bandar boleh dihubungi melalui sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

C)Apakah faktor-faktor masyarakat Tamadun Indus dikagumi dalam aspek perancangan bandar?

Gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.
Pemahaman dalam ilmu geometri.
Pemahaman dalam ilmu Kesenian.
Pemahaman dalam ilmu matematik.
Mahir dalam bidang pembinaan.
Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.
Berusaha meningkatkan mutu binaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.

D)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengapakah Tamadun awal Indus dianggap sebagai tamadun yang matang?
Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.
Pencapaian dalam menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.
Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
Melahirkan masyarakat yang mempunyai kreativiti dalam penggunaan sumber alam
Menghasilkan teknologi yang hebat
Contoh pembinaan bandar terancang

2. A) Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho
Lembah yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan.
Tapak Banpo yang berhampiran bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk
Menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu. .
Petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar
antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

B) I.Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh dinasti Shang
berbentuk pemerintahan beraja.
pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial, dan agama.
Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
Raja dibantu oleh golong an bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam tugas seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

II.Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Dinasti Chou
Membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
Mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan
Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senj ata gangsa, hamba dan binatang
Melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
Pembesar diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

C)Pada pendapat anda apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho yang dapat diwarisi oleh masyarakat pada hari ini
Sistem Politik
sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga
Amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke 20.
Sistem Ekonomi
Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan pertanian
Mengelakkan berlakunya banjir.
Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman.
Menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
Sistem Sosial
Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
Tulisaninijuga diajar di sekolah-sekolah di China.
Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
Agama dan Kepercayaan
pemujaan roh nenek moyang.
Unsur pemujaan diteruskan mengikut kesesuaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barang perhiasan
Mengamalkan Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
Sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
kalendar digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengebumian.
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, The Art of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan peniagaan.

STRUKTUR

BAB 2
1.A)Apakah Prinsip undang-undang Dinasti Maurya menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini
berasaskan titah perintah raja
Semua titah perintah raja akan diukir pada tiang batu undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat
Tiang-tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka
undang-undang tersebut mementingkan kesejahteraan dan keadilan rakyat

B)Nyatakan Kepentingan undang-undang pada zaman Maurya
sebagai titah dan perintah diraja.
Menjamin kesejahteraan rakyat dan pemerintahan yang adil
Memastikan rakyat mengetahui titah perintah raja yang diukir di tiang batu

C)Kewibawaan Asoka - Dinasti Maurya.
tidak menekankan kekuatan ketenteraan

menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh
memberikan penekanan kepada ajaran Buddha.

segala titah perintah dan undang-undang diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi-tepi jalan dapat dibaca oleh rakyat.
sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat dan konsep keadilan.
berusaha menyebarkan agama Buddha secara aman dan bukan secara ketenteraan
Hubungan diplomatik dilaksanakan

D)Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka.
Peperangan akan membawa banyak kemusnahan, penderitaan dan kematian.

Penaklukan boleh dibuat secara diplomasi, contohnya melalui penyebaran agama Buddha.

Kemajuan dan kestabilan politik memerlukan pentadbiran yang cekap.

Pembentukan satu birokrasi pentadbiran amat perlu bagi melaksanakan dan melicinkan pentadbiran.
Kerjasama, tolak ansur, dan toleransi perlu dipraktikkan dalam kehidupan supaya dapat menghindari dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Undang-undang dan peraturan merupakan satu cara kawalan sosial untuk menjamin kesejahteraanlkeamanan negara.

E)Mengapakah Dinasti Maurya runtuh
berpecah belah akibat ketidakcekapan pemerintah selepas Asoka
perebutan kuasa sesama sendiri.
Wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan membebaskan diri
Berlaku banyak pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan.
Tentangan daripada golongan Brahmin yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar pemerintahan Asoka, yang menjadikan agama Buddha sebagai dasar pemerintahan negara
golongan Brahminm merasa terabai.
Kelemahan kerajaan pusat menyebabkan timbulnya banyak kekacauan dan menjejaskan keupayaan tentera untuk mengembalikan keamanan.
Kerajaan pusat tidak berupaya memperoleh cukai daripada wilayah-wilayah
usaha¬-usaha pembangunan negara terjejas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

ESEI
BAB 2
1.A)Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya berjaya meluaskan kuasanya

Kejayaan menakluki Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Wujud pemerintahan pusat yang kuat
Penubuhan unit-unit perisik khas untuk memastikan tidak berlaku sebarang penentangan terhadap kuasa pusat
Pembahagian wilayah kepada beberapa bahagian utama yang diketuai oleh wizurai.
Menyatupadukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India dan menjadikan Pataliputra sebagai ibu kota pemerintahannya
Mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan 10 000 orang tentera infantri

B)Kejayaan yang dicapai melalui perluasan kuasa Dinasti Maurya di India disebabkan para pemimpin
Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Chandragupta Maurya
Memiliki pasukan tentera yang besar dengan 600 ekor gajah, 1000 orang askar berkuda dan 10 000 orang infantri.
Menguasai seluruh India Utara, Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Bindusara anak Chandragupta, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.
Asoka meluaskan kuasa melalui dasar yang lembut dan terbuka serta memberikan penekanan kepada agama Buddha.
Seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya pada zaman pemerintahan Asoka ekoran kemenangan ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

C)Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun India
Perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Macedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa
Hasil dagangan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.
wujud persatuan perdagangan dan perusahaan di setiap bandar yang dikenali sebagai sresthin
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
Raja mengawasi perjalanan persatuan.
Dasar kewangan dan ekonomi yang bentuk mata wang emas yang sistematik dengan mengunakan mata wang sebagai medium jual beli.
Pengeluaran tekstil, kain kapas,sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan.
Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

D)Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan terus berkembang?
Kestabilan politik-pemimpin yang berwibawa dan dinamis.
Hubungan dengan tamadun lain - perdagangan, diplomatik
Perkembangan pemikiran dan kemahiran - agama, pendidikan, falsafah, sains dan teknologi. Perkembangan ilmu pengetahuan.
Penjajahan/penaklukan wilayah/negara.

Jumaat, 30 Julai 2010

TOPIKAL KERTAS 2 TINGKATAN 5

BAB 1
1.A)Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya
Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
B)
Penggunaan kapal wap
Membolehkan muatan lebih banyak
Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat
Menjadikan perjalanan lebih selamat
Menjimatkan kos
Penciptaan telegraf
Memudahkan urusan perdagangan
Mempercepatkan arahan kepada pegawai di tanah jajahan
Membolehkan ahli perniagaan berhubung dengan wakil
mereka di Timur
Menjadikan perdagangan antarabangsa lebih pesat

C) Nyatakan keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialisme Barat melaksanakan dasar imperialisme.

Kedudukan yang strategik antara China dengan India
Berdekatan dengan kawasan pasaran di India dan China
Tanah yang subur
Kaya dengan bahan mentah

D)Pada pendapat anda, mengapakah kuasa-kuasa barat saling bersaing untuk menguasai Asia Tenggara?

Untuk meluaskan tanah jajahan
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan
kekayaan

E)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kuasa Barat begitu mudah menjajah Asia Tenggara?

Kelengkapan senjata yang moden
Pembesar tempatan tidak bekerjasama / bersatu padu
Pencapaian Barat dalam bidang saing dan teknologi
Perjuangan pembesar tempatan hanya bersifat setempat dan
tempatan
Tipu muslihat Barat melalui perjanjian

2.A)Nyatakan ciri-ciri sistem pentadbiran pusat di Filipina selepas penjajahan Sepanyol.
Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
Gabenor Jeneral dibantu oleh Datuk Bandar dan Gabenor Kecil
Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
Gabenor Kecil menjadi pentadbir bandar

B)Apakah maksud Sistem Encomienda ?
Merupakan gabungan barangay-barangay
Pentadbiran di peringkat tempatan
Diketuai oleh Encomiendero

C)Apakah tugas-tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomieda ?

Merupakan gabungan barangay-barangay
Pentadbiran di peringkat tempatan
Diketuai oleh Encomiendero

D)Mengapakah sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina?

Dibenci oleh penduduk Filipina
Mengenakan cukai yang tinggi
Mengenakan kerahan tenaga
Menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan
tradisional
Pengaruh golongan datu merosot

E)Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang pemimpin untuk mengelakkan penindasan pihak penjajah ?
Berani
Kepimpinan yang mantap
Bijaksana / berilmu pengetahuan
Semangat juang yang tinggi
Sanggup berkorban
Ikhlas

3.A)Jelaskan ciri-ciri umum sistem birokrasi barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara
Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-
wilayah di tanah jajahan
Pelantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah
jajahan
Pelaksanaan pentadbiran melalui biro(jabatan)
Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
Pengenalan undang-undang Barat

B)Jelaskan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
Menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS)
Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan dibantu
oleh Residen Kaunselor
Mengekalkan pentadbiran penghulu di peringkat kampung
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)
dengan menggabungkan Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan, Sistem Residen diperkenalkan
Negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis,
Kelantan dan Johor dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NNMTB), Sistem Penasihat
diperkenalkan
Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor
NNS
Tugas utama Residen dan penasihat British adalah untuk
menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat
British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
Pelaksanaan sistem pungutan cukai
Membahagikan negeri kepada beberapa daerah
Menubuhkan balai polis

C)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?


Penjajah membahagikan pentadbiran kepada pentadbiran
pusat dan pentadbiran tempatan
Melantik gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai
pentadbir pusat
Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat
pusat
Menghapuskan institusi raja

Raja kehilangan kuasa
Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama
Menjalankan pentadbiran melalui biro
Melantik pegawai-pegawai Barat sebagai ketua biro
Memperkenalkan undang-undang Barat
Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara
mereka
Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
Melaksanakan sistem pungutan cukai
Memaksa raja menerima penasihat Barat
Mengurangkan pengaruh pembesar tempatan

4.A)Jelaskan faktor-faktor yang telah mencetuskan gerakan nasionalisme
tahap pertama di Thailand.

Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh
kerabat diraja
Penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak
Perkembangan sistem pendidikan Barat
Pendedahan terhadap fahaman liberal / sistem demokrasi /
sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek
Kelemahan sistem pentadbiran
Sikap Raja Vajiravudh yang boros
Penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan
Field Marshall Phibul Songram
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932

B)Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain ?
Memperkenalkan sistem birokrasi Barat / pemodenan
dalam pentadbiran
Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat
Penasihat Barat dilantik untuk mengetuai pelbagai jabatan
Melatih pegawai-pegawai tempatan
Penasihat kewangan / pelabuahan / polis dari Britain
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
Penasihat ketenteraan dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat
Rendah / Majlis Mesyuarat Tertinggi / Kabinet Menteri
Melantik juru audit dari Britain berkhidmat dalam
perbendaharaan negara
Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang
mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Kurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja

C)Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara ?

Menguasai ilmu pengetahuan / berilmu / bijaksana
Menghayati perjuangan tokoh-tokoh silam
Menanam sikap sanggup berkorban
Mempunyai jati diri
Memiliki semangat yang kental / berani / cekal / gigih
Menghargai kemerdekaan / kedaulatan sesebuah negara
Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan
Mengambil iktibar sejarah pembinaan bangsa dan negara
Memperkasa perpaduan bangsa / perpaduan

5.A)Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua
Lebih radikal
Pergerakan lebih tersusun / berorganisasi
Dipimpin oleh golongan berpendidikan /berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan / ilmu pengetahuan Barat
Menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh Barat / serta
menyedari kesan perubahan terhadap bangsa dan negara
Matlamat perjuangan lebih jelas
Menuntut kemerdekaan
Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

B)Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina pada tahap kedua.
Bermula dengan penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio
Katipunan memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
Matlamat perjuangan ahlĂ­ untuk menyatukan bangsa Filipina
Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Kalayan merupakan akhbar rasmi Katipunan
Katipunan telah melancarkan revolusi bersenjata
Bertujuan untuk menggulingkan pemerintah Sepanyol, tetapi gerakan revolusi ini gagal
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Agunaldo menyebabkan Katipunan semakin lemah
Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat
Berjaya mengusir kuasa Sepanyol.
Memulakan penguasaan Amerika Syarikat di Filipina.
Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina pada tahun 1899 tetapi tidak disahkan oleh Amerika.
Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901.
Kerajaan Amerika hanya membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana
Sergio Osmana dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan setelah memenangi pilihanraya
Usaha menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan dilakukan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.

C)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara?
Mengharamkan parti bercorak radikal
Hanya membenarkan parti bercorak sederhana
Menangkap pemimpin parti radikal
Menghukum bunuh pemimpin parti radikal
Membuang pemimpin ke luar negeri
Melarang pemimpin melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
Menangkap dan memenjara pemimpin yang radikal
Menjanjikan kemerdekaan kepada pemimpin tempatan
Membentuk perlembagaan baru di tanah jajahan


BAB 6
1.A)Berikan dua alasan mengapakah Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
Lee Kuan Yew ingin memepertahankan kedudukannya
Bimbang pengaruh parti berhaluan kiri
Bimbang pengaruh ideologi komunis


B)Nyatakan dua sebab mengapakah Brunei menarik diri daripada menyertai Malaysia?

Pemberontakan oleh A.M Azhari
Menubuhkan Persekutuan Borneo / Kerajaan Kalimantan Utara
Malaysia dianggap sebagai satu bentuk neokolonialisme
Mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina

C)Berikan dua sebab Indonesia membantah penubuhan Malaysia
Malaysia satu bentuk neokolonialisme
Penubuhan Indonesia mengancam Indonesia
Menghalang penubuhan Indonesia Raya

D)Nyatakan dua tindakan yang diambil oleh Indonesia sebagai protes kepada idea gagasan Malaysia

Melancarkan Dasar Konfrantasi / Ganyang Malaysia
Serangan terhadap kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu
Pencerobohan udara
Serangan melalui Johor, Sabah dan Sarawak

E)Berikan dua sebab mengapakah Filipina membantah idea gagasan Malaysia?
Mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu
Pajakan Sabah kepada British tamat pada 22 Januari 1958 / Sultan Esmail Sulu mengisytiharkan pajakan British ke atas Sabah tamat.

2.A)Senaraikan parti politik di Sarawak yang menentang penubuhan Malaysia pada peringkat awal.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
Sarawak Chinese Association (SCA)

B)Mengapakah kaum peribumi di Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia pada peringkat awal?
Ingin kemerdekaan terlebih dahulu
Bimbang kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu
Bimbang sumber ekonomi negeri dikuasai oleh Kerajaan Pusat
Bimbnag Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu

C)Apakah perkara yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak mengenai hak wilayah asingan? Ketua Negeri
Bahasa Kebangsaan
Agama Islam
Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen
Kerakyatan
Pelajaran
Peruntukan Kewangan

D)Mengapakah menjelang akhir tahun 1961 pemimpin dan rakyat Sabah Sarawak menyokong penubuhan Malaysia?

Penjelasan dari Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu mempertimbangkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
Semangat perpaduan dan sikap toleransi para pemimpin dari Tanah Melayu
Kerjasama daripada pemimpin Sabah dan Sarawak

3.A)Senaraikan anggota Suruhanjaya Cobbold yang bertanggungjawab melaksanakan gagasan Malaysia
Lord Cabbold
Sir Anthony Abell
Sir David Watherston
Wong Pow Nee
Tan Sri Ghazali Shafie

B)Berikan tujuan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?

Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British
Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi pandangantentang pembentukan Malaysia

C)Nyatakan hasil laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikemukakan kepada Kerajaan British pada bulan Jun 1962
1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malayisa tanpa syarat
1/3 menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi
1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

D)Apakah cadangan Suruhanjaya Cobbold yang diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia

5.A)Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia?
Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia

B)Siapakah tokoh yang memperkenankan Akta Malaysia?
Ratu Elizabeth II
C)Senaraikan pihak-pihak yang terlibat dalam meluluskan Akta Malayisa

Parlimen British
Parlimen Tanah Melayu
Dewan Perhimpunan Singapura
Majlis Undangan Sarawak
Majlis Undangan Sabah

Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang telah diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Nyatakan inti pati Perjanjian Malaysia 1963
Semua urusan hal ehwal adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehinnga 10 tahun tahun selepas Hari Malaysia
Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen dalam pilihanraya
Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

6.A.Senaraikan DUA buah negara di Kepulauan Borneo yang dicadang penggabungannya ke dalam Malaysia.
Sarawak
Sabah
Brunei

B.)Nyatakan TIGA sebab British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.
menjayakan proses dekolonisasi.
selaras dengan usul PBB memerdekakan tanah jajahan.
kestabilan politik di Asia Tenggara.
menghalang penyebaran pengaruh komunis.
kepentingan mereka terutama di Singapura terkawal

C)Nyatakan TIGA alasan yang mendorong Singapura di bawah Lee Kuan Yew bersetuju menyertai Malaysia

kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura.
kemenangan Barisan Sosialis melemahkan parti pimpinan beliau.
pengaruh Barisan Sosialis mengugat kemerdekaan Singapura.
bimbang terhadap ancaman komunis.

D.)Kemukakan dua faktor ekonomi yang mempengaruhi pembentukan Malaysia
mengwujudkan pasaran yang luas.
menggalakkan pelaburan dalam industri pertanian.
mengwujudkan kerjasama ekonomi.

7.A)a) Nyatakan cadangan pemimpin tempatan dan luar negara yang dikemukakan ke arah pembentukan Malaysia.

Lord Brassey mahu menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan negeri- negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
Sir Malcolm Mc Donald mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
Dato’Onn Ja’far mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia kerana British akan menggabungkan negeri Sarawak , Sabah, Singapura, Brunei dan Singapura dan Tanah Melayu.
Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan singapura dan Tanah Melayu sahaja.
Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju digabungkan Singapura kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Kemudian beliau bersetuju untuk menggabungkan Singapura

B)Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.
Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Singapura
melemahkan Parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew – Parti Tindakan Rakyat
Perkembangan ini menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura
Ancaman komunis menyebabkan Lee Kuan Yew mendesak Britih menggabungkan Singapura menghadapi ancaman komunis
Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis dapat membantu Singapura
Ancaman CCO mahu menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
Pembentukan Malaysia menjadi benteng menghadapi komunis.
Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Brunei
yang masih belum mampu berkerajaan sendiri.
menjamin kemerdekaan lebih awal / dalam tempoh dua tahun
menikmati pembangunan sosial , ekonomi dan politik
Proses dekolonialisasi British terhadap negeri belum membangun.
hampir kesemua negara di Asia Tenggara berjaya mendapatkan Kemerdekaan
dalam Perhimpunan PBB timbul usul agar tanah jajahan dimerdekakan
Dapat memberikan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
British berharap pembentukan ini dapat menghalang pengaruh komunis di Singapura dan Borneo
British mahu memastikan kepentingannya / pangkalannya di Singapura terjamin.
Dapat mewujudkan pasaran yang luas
Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum.

C)Pada pengetahuan sejarah anda, apakah nilai-nilai yang terserlah melalui kejayaan pembentukan Malaysia?
ciri-ciri kepimpinan tokoh politik Tanah Melayu , Sarawak Sabah dan Sigapura
kerajaan British sanggup bekerjasama dan bertolak ansur demi kesejahteraan besama
diplomasi politik berjaya menyelesaikan konflik
wujudnya kerjasama oleh rakyat negara anggota
melibatkan hubungan serantau
memperlihatkan kesepakatan
semangat setia kawan
tekanan pihak komunis dapat ditangkas

[Mana-mana 7 X 1m]

Khamis, 29 Julai 2010

SET 5(9)

9.A)Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama
negara-negara kecil bersatu membentuk sebuah
negara bangsa yang lebih besar
Jerman dan Austria
semangat nasionalisme yang berkobar-kobar sehingga sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing
berlaku persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan
penjajahan untuk mendapatkan bahan mentah dan
pasaran
negara Eropah mempunyai dua pakatan
Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
pembunuhan Franz Ferdinand dan isterinya oleh
pengganas Serb

B).Jelaskan enam kesan Perang Dunia Pertama

Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
Persidangan Damai yang diadakan pada bulan Jun 1919
Membawa kepada termeterainya PerjanjianVersailles
mengubah peta Eropah
membentuk beberapa buah negara baru
pembentukan Liga Bangsa
negara berperang mengalami inflasi yang tinggi
menanggung beban hutang peperangan yang tinggi
masalah pengangguran berlaku
pasaran dunia diambil alih oleh Amerika dan Jepun
Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya
korban nyawa yang besar
B.)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah sesebuah
negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan ?

menjalin hubungan dengan semua negara
mengamalkan dasar berkecuali / tidak memihak
kepada mana-mana blok
menghormati kedaulatan negara lain
tidak mencampuri urusan negara lain
menyertai pertubuhan-pertubuhan serantau / dunia
menyelesaikan pertelingkahan secara damai/ rundingan
mengamalkan sikap toleransi
mengelak perlumbaan senjata
menyokong usaha untuk mewujudkan keamanan
bersama-sama menentang keganansan

Rabu, 28 Julai 2010

SET 5(8)

8.A)Jelaskan dasar-dasar berikut :
i. Dasar Kebudayaan

Lahir daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
Dilancarkan pada tahun 1971
Digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
Objektif adalah untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sisioekonomi.

ii.Sukan untuk Perpaduan
Sukan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi & kaum
Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
Di peringkat sekolah, merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan
Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-sekolah di peringka daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan 2 tahun sekali jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri

B)Jelaskan apakah cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak
Penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina & Tamil sebagai bahasa pengantar
Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
Mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui dasar pendidikan
menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum

C)Usaha-usaha yang dijalankan bagi memajukan bahasa Melayu

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956
Pelancaran ‘Minggu Bahasa’ dan Bulan Bahasa’ untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada 1960
Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Seperti Sekolah Alam Shah/Sekolah Sri Puteri/Sekolah Sultan Abdul Halim
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat²
Penubuhan UKM pada tahun 1977 membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
Mulai 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

D)Usaha sebagai warganegara untuk memperkuatkan perpaduan kaum.
Memupuk kerjasama melalui gotong-royong
Mengelakkan perkara-perkara yang membawa kepada pergaduhan/perbalahan antara kaum
Bersama-sama dalam membuat dasar negara
Menghormati dan mengamalkan Rukun Negara








SET 5(7)

7.A)Konsep Yang Di-Pertuan Agong
Jawatan YDPA diwujudkan sejak tahun 1957
Merupakan tonggak negara
Ketua Utama Negara
Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara

B)Jelaskan bidang kuasa YDPA mengikut Perlembagaan Malaysia

Sebagai ketua kerajaan
Mengetuai 3 badan kerajaan/Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.
Satu unsur daripada 3 unsur Parlimen
Mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen
Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
Berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
Boleh menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat
Membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu
Ketua Agama Islam
Bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
Mempunyai kuasa untuk melantik & melucutkan Jemaah Menteri & Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat PM
Boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat di bawah ’Undang-undang X’
Jika mendapati keselamatan negara terancam
Kuasa melantik Pengerusi dan 3 orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,
Serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Bertanggungjawab melantik Peguam Negara
Melantik Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.
Memiliki kuasa tertinggi mentauliahkan duta-duta negara kita.

C)Jelaskan Ciri-ciri Dewan Negara
Juga dikenali sebagai Dewan Senat
Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli
Ahli Dewan Negara digelar Senator mewakili setiap negeri
Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya
Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun
Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat/Ahli Parlimen
Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh YDPA
Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam Perkhidmatan Awam/ bidang profesional spt perniagaan/ perusahaan/ pertanian/ kesenian/ kebajikan/ mewakili kumpulan minoriti spt Orang Asli

Ketaatan kepada Raja dan Negara Malaysia

Menghormati lambang-lambang Negara
Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
Menghormati keluhuran Perlembagaan
Menghormati institusi Raja





SET 5(6)

6.A)Enam sebab mengapa Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke- 15
Kedudukan Melaka yang sangat strategik
Kehadiran ramai pedagang asing
Melaka menjadi pusat perdagangan rempah
Pentadbiran yang licin dan teratur
Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan
kelautan
Mewujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan
syahbandar bertanggungjawab terhadap hal ehwal perdagangan
Undang-Undang Laut Melaka digubal dan menjadi Landasan untuk dipatuhi.
Sistem sukatan dan timbangan telah diperkenalkan.
Perdagangan dilakukan melalui kaedah
Pertukaran barang dan kaedah jual beli

B)Terangkan penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
mata wang timah digunakan di Melaka
berbentuk bulat
beratnya satu kati lapan tahil
nama sultan dan tarikh Islam tertera pada mata
wang

mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay
boleh digunakan di Melaka

mata wang timah digunakan di Johor
dikenali sebagai wang katun
berbentuk bulat atau segi enam
tidak mempunyai tarikh tetapi mempunyai
tulisan Arab
Negeri Kedah menggunakan mata wang
timah
berbentuk ayam jantan hinggap di atas cincin
boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

mata wang emas juga digunakan di Kedah ,
Johor dan Kelantan

Wang emas Johor digunakan sejak zaman
Sultan Alauddin Riayat Shah – 1527
wang emas Johor dikenali sebagai kupang

C)Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan di Melaka
Pedagang dikenakan cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan
Cukai tetap/import ditetapkan oleh pemerintah
Pedagang dari India, Ceylon, Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai enam peratus daripada nilai barangan
Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus.
Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
Orang asing lain dikenakan cukai enam peratus
Amalan riba tidak dibenarkan
Golongan ceti yang memberi pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka
Golongan kaya disaran membayar zakat harta

SET 5(5)

5.A)Bukti teori John Crawford (Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab)

Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang
Catatan China menyatakan tentang wujudnya pusat perniagaan / petempatan pedagang Arab di Canton sejak 300 M.
Sejak awal lagi pedagang Arab telah menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah Mesir hingga ke China.
Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam.
Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggarara kerana kedudukan Selat Melaka yang strategik.
Pedagang Arab menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan /membina perkampungan.
Perkampugan tersebut menyediakan tapak untuk berdagang /mengumpul barang jualan/ membeli barangan mewah dari China dan India.
Terdapat orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
Wujud tapak yang kukuh bagi pedagang Arab menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
Semasa menunggu perubahan angin monsoon digunakan pedagang ini berbincang dengan pedagang tempatan tentang kepercayaan /agama.
Kehidupan serta nilai Islam yang mur ni diperlihatkan oleh pendakwah dan pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
Terdapat catatan China mengenai kewujudan perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada Tahun 650 M.
Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke tujuh masehi.
Persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Kesusasteraan Tanah Arab.
Terdapat banyak perkataan Arab dalam tulisan jawi.
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu di pengaruhi oleh budaya Arab.
Menghormati tetamu/muzik Melayu/dabus/tarian zapin.
Kebanyakan karya tempatan mengisahkan pengislaman raja oleh syekh dari Tanah Arab.
Pengislaman Raja Pasai iaitu Merah Silu
Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi keturunan Arab yang bernama Syekh Ismail.
Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam Bahasa Melayu menggunakan gaya bahasa tulisan Arab.
Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang ulama tempatan.
Kitab tempatan seperti tauhid/tafsir al-Quran/hadis didapati menggunakan bahasa Arab/rujukan dari Tanah Arab.
B)Keistimewaan Asia Tenggara menjadi tumpuan para pedagang membantu perkembangan penyebaran Islam
Keistimewaan Asia Tenggara ialah kedudukannya yang strategik
Asia Tenggara terletak di antara China dan India
Selat Melaka menjadi penghubung di antara China dan India
Terdapat banyak pelabuhan di sekitar Selat Melaka
Contohnya Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasa, Brunei dan Pattani.
Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara mempunyai hubungan dengan pelabuhan di Lautan Hindi
Contohnya Mocha, Hormuz, Surat, Goa, dan Colombo.
Hubungan dengan pelabuhan di Pantai Koromondel India
Contohnya Masulipatam dan Pondecherry
Hubungan dengan pelabuhan yang penting di Laut China Selatan

C)KBKK – Islam tersebar melalui jalan laut
Kemajuan dari segi pengangkutan dengan terciptanya kapal layar/kapal wap
Jalan darat sedia ada jauh/sukar/banyak halangan politik dan geografi/ancaman keselamatan.
Wujud pelabuhan-pelabuhan utama di Asia Tenggara
Pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara mempunyai kemudahan yang lengkap untuk kapal berlabuh.
Kemahiran ilmu pelayaran dengan penggunaan kompas/peta.
Wujud kerajaan-kerajaan maritime di pesisir pantai menjadi pintu masuk kepada para pedagang.
Industri perkapalan berkembang maju dan ini menggalakkan pelayaran.
Wujud konsep dakwah yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab/India/Parsi melalui jalan laut.
Telah wujud hubungan tradisi antara Asia Tenggara dengan tamadun Arab/India dan China.
Kegiatan pelayaran merupakan satu kebangaan dan mempunyai nilai patriotik masyarakat dahulu kala.


Isnin, 26 Julai 2010

SET 5(4)


4.A)Apakah yang anda faham tentang pertubuhan Komanwel?

Anggota terdiri daripada negara bekas tanah jajahan British yang telah merdeka.
54 buah negara maju dan negara sedang membangun
sekretariat / ibu pejabat di London

B)Dua matlamat penubuhan Komanwel

Membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
bekerjasama dalam semua bidang
Memelihara keamanan dan kedaulatan negara anggota
Menjanjikan bantuan kepada negara anggota

C)Tiga sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel

Lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
Menganjur mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi

D)Dua faedah yang diperoleh Malaysia menerusi Komanwel.

Membantu pelihara keamanan
Menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
Berjanji membantu jika diserang musuh semasa berkonfrontasi dengan Indonesia
Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah
Bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel

E)Pada pendapat anda mengapakah Malaysia perlu menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa?

Berbaik-baik dengan semua negara
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
Memelihara kepentingan nasional
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
Menjadi warga global yang bertnggungjwab
Memupuk kesejahteraan dunia
mana-mana munasabah - terima
Mana-mana 2 X 1m

SET 5(3)


3.A)Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pengasingan kuasa?

Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga cabang
Badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman
Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak berasingan
Mengelakkan pembolotan kuasa

B)Nyatakan dua syarat kelayakan untuk menjadi seorang senator.

berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
mewakili setiap negeri
dilantik tanpa melalui pilihan raya
memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun
individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam bidang tertentu
mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli

C)Dua tanggungjawab Badan Pelaksana dalam sistem pentadbiran negara.

Menggubal dasar-dasar kerajaan
Merancang program pembangunan ekonomi dan sosial
Menyelaras program pembangunan ekonom dan sosial

D)Dua kuasa yang terdapat pada Badan Kehakiman

Kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana
mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
Mentafsir undang-undang
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang


E)Pada pendapat anda, mengapakah hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik?

Hakim dilindungi daripada pengaruh politik
Menjamin keadilan
Menjamin kesaksamaan undang-undang


SET5(2)

2.A)Tiga hasil galian yg didagangkan di TM sejak abad ke-9

Bijih Timah
Emas
Arang batu
Bauksit
Antimoni
Bijih besi


B)Dua faktor dorongan penlibatan pemodal Eropah dalam industri perlombongan bijih timah

Kemampuan menyediakan modal bagi penggunaan papal korek
Wujud undang-undang/enakmen digubal & diluluskan bagi mewujudkan penguasaan


C)Dua bukti penguasaan pembesar Melayu dlm perlombongan bijih timah

Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada para pembesar untuk mengusahakan perlombongan
Para pembesar Melayu pula akan memastikan hasil bijih yang dilombong, dijual semula kepada mereka
Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu


D)Cara untuk memastikan ekonomi Negara terus maju

Bersedia mengumpulkan modal
Menguasai teknologi
Menguasai pengetahuan
Bertindak proaktif
Perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas


SET 5(1)


1.A)Dua golongan dalam struktur masyarakat Hwang Ho
Golongan raja
Golongan Pembesar
Golongan artisan
Golongan Tentera
Golongan Petani
Golongan Hamba

B)Dua contoh kepercayaan

Animisme
Politeisme
Penyembahan roh nenek moyang
Menyembah tuhan syurga/Shang-ti/tuhan bumi/Tu
Menyembah sungai/bukit/gunung
Menilik nasib menggunakan tulang oracle

C)Peranan kalendar masyarakat Hwang Ho

Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam
Dan musim menuai
Menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ pemburuan/pengkebumian

D)Dua ciri negara kota Tamadun Hwang Ho

Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
Terdapat istana/kuil/pusat pentadbiran
Golongan raja/pembesar/agama tinggal di kawasan bandar
Dilengkapi tembok bagi menghalang penceroohan musuh
Dikelilingi perkampungan yang dihuni masyarakat petani

E)Sumbangan penting Hwang Ho dalam bidang pertanian

Pembinaan sistem pengairan/terusan
Kemajuan dalam teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul/sabit
Penggunaan batas
Mencipta alat pertanian berasaskan besi

SET 4(9)

9.A)Apakah matlamat penubuhan kumpulan Negara- Negara Selatan?

Atasi masalah harga eksport bahan mentah yang rendah
Meningkat kerjasama ekonomi negara anggota
Meningkatkan kerjasama teknikal negara anggota
Tidak bergantung kepada negara-negara maju

B)Nyatakan ciri-ciri Negara-Negara Selatan.

Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga
Mempunyai persamaan latar belakang ekonomi antara negara anggota
Pernah dijajah oleh kuasa Barat
Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
Tidak mempunyai kepakaran
Tidak mempunyai modal untuk proses bahan mentah menjadikan barangan siap
Perdagangan dengan negara maju tidak adil
Harga bahan mentah dikawal oleh negara maju
Kadar faedah pinjaman modal dikenakan tinggi

C)Jelaskan tindakan yang diambil oleh Negara-Negara Selatan untuk kemajuan negara anggota.

Menubuh Sururhanjaya Selatan-Selatan
Oleh Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad
Penubuhan kumpulan 15 / G15 pada 1989
Mengadakan sidang kemuncak G15 di Kualan Lumpur pada 1990
Merancang projek kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
Menubuh Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi di Kuala Lumpur (SITTDEC)
Menubuh Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP)
Menubuh kemudahan kredit dan kaknisme kewangan pembiayaan perdagangan
Mengatasi daripada bergantung kepada negara maju
Menentukan harga eksport
Meningkat kerjasama ekonomi negara anggota

SET 4(8)

8.A)Apakah tugas Suruhanjaya Reid?

Membincang perlembagaan Persekutuan yang merdeka
Menyusun perlembagaan
Merangka sebuah perlembagaan Persetuan Tanah Melayu yang akan merdeka
Berpandukan beberapa isu spt pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
Mengambil kira isu kedudukan raja-raja Melayu / hak istimewa orang Melayu
Mewujudkan satu bangsa PTM
Menerima memorandum daripada pelbagai pihak iait raja , orang perseorangan dan parti politik
Menerbitkan cadangan-cadangan
Menyerahkan cadangan kepada Parlimen British untuk diluluskan

B)Jelaskan isi kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
Institusi Raja sebagai Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.
Prinsip Jus soli diterima
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
Bahasa Melayu sebaga Bahasa kebangsaan
Yang di-Pertian Agong menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksan pentadbiran / dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

C)Sebagai rakyat PTM yang merdeka pada masa itu, nyatakan kepentingan yang diperolehi apabila termeterainya Perjanjian PTM 1957?

Pakatan murni dicapai
Kerajaan Demokrasi ditubuhkan
Membentuk kerajaan berkonsep raja berpelembagaan
Pemimpin pelbagai kaum menyokong PTM
Wujud perpaduan yang jitu antara kaum
Keharmonian kaum dapat dicapai
Mengelak pertumpahan darah
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir
PTM sebagai negara yang berdaulat
Negara merdeka mengikut acuan sendiri
Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
Mengenepikan perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa
Kini rakyat menikmati keamaanan dan pembangunan
Mendapat taraf bangsa yang merdeka sama dengan bangsa lain di dunia

SET 4(7)

7.A)Jelaskan lima faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran.

Kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi
Kawasan yang menjadi pusat ekonomi penjajah
Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan / berfungsi sebagai tempat pengumpulan hasil lombong / tempat untuk pelombong mendapat keperluan harian
Kawasan yang mengalami pertambahan penduduk
Kawasan perusahaan perlombongan bijih timah seperti Kuala Lumpur / Seremban / Taiping
Pusat pentadbiran / perbankan
Kawasan perlombongan petroleum seperti Miri, Sarawak
Pusat perniagaan / perdagangan
Kawasan yang lengkap dengan kemudahan infrastuktur yang baik seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, dan pusat kesihatan serta bank / institusi kewangan
Perkembangan sistem pengangkutan jalan raya dan jalan kereta api utama
Kawasan aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial
Kedudukan sesuatu tempat yang strategik akan menjadi sebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur
Kwasan yang menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain
Kawasan Pelabuhan yang menjadi tumpuan kerana peningkatan hasil pengeluaran produk
industri bijih timah dan getah seperti pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang
Pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam seperti Kuching , Sarawak.

B)Terangkan tentang sistem pendidikan Vernakular semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

Mengguna bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar
Tidak mampu pupukkan perpaduan kaum
Murid pelbagai kaum dipisahkan
Tidak melalui sistem pendidikan yang sama

Pendidikan Melayu
tidak terbela dan tidak ditingkatkan
ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
Sekolah Melayu pertama dibuka di Teluk Belanga, Singapura (1856) / Sekolah Melayu kedua di Seberang Prai (1871) / di Kuala Kangsar dan Batu Gajah (1884)
Sekolah Melayu untuk murid perempuan di Negeri-Negeri Selat (1885)
Hanya di peringkat rendah sahaja
Kurikulum terbatas sesuai dengan cita-cita British untuk melahirkan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya
Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak
Melatih guru untuk sekolah Melayu
Sebagai institusi lanjutan sekolah rendah bagi anak Melayu

Sekolah khusus untuk golongan elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905)

Sekolah Tamil bagi masyarakat India
Di buka oleh kerajaan di bandar
Dibuka oleh pihak pengurusan ladang di ladang getah
Sekolah awal ialah Sek. Tamil Vivekananda di Seremban (1912)
Berorientasi pendidikan negara India
Sukatan dan buku pelajaran dibawa dari India
Tenaga pengajar dari India
Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

Sekolah Cina
Dibiayai oleh saudagar Cina
Sekolah awalnya ialah Sek. Chung Hwa / Sek. Cina Yuk Chai di Kuala Pilah
Dialek masing-masing sebaagaai bahasaa pengantar
Buku dan sukatan pelajaran dari negaraa China
Tenaga penganjar dari China

Enakmen Pendaftaran Sekolah diwartakan
untuk menyekat pengaruh Komunis / mengawal aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina

Pendidikan Inggeris
Diusahakan oleh golongan mubaligh Kristian / badan sukarela
Sebagai sekolah elit / pelajar dari golongan atasan
Di kawasan bandar
Kurikulum berasaskan sistem pendidikan England
Di Negeri-Negeri Selat dibuka sekolah seprti Penang Free School (1816) / Melaka Free School (1826)
Di Negeri-Negeri Melayu penubuhannya agak lewat seperti King Edward VII School di Taiping (1883) / Victoria Institution di Kuala Lumpur (1894)

Penubuhan Universiti Malaya di Singapura
sebagai pendidikan tinggi dalam negeri selepas merdeka.

C)Bagaimanakah penjajah British menyelesaikan masalah kesihatan yang timbul kesan daripada Dasar Ekonomi British di Tanah Melayu pada akhir abab kesembilan belas.

Tubuh hospital / pusat kesihatan
Kawal wabak penyakit
29 buah pusat kesihatan di Perak
Hospital di perak di buka di Tanjong Malim, Gopeng, Kerian, K. Kangsar

Pusat Kesihatan kecil
14 Di Selangor, 3 di Negeri Sembilan, 2 di Pahang

Hospital persendirian
Oleh orang perseorangan
Contoh Tung Shin di K.L
Untuk pekerja lombong bijih timah / imigran Cina

Institut Penyelidikan Perubatan
Kawal wabak penyakit
Penyelidikan dan kajian punca penyakit
Langkah mencegah yang patut di ambil

Sanitary Board
Kebersihan dan kesihatan awam di bandar
Awasi kebersihan dan kesihatan di K.L dan Perak
1911 fungsi Sanitary Board jaga kebersihan bandar
Jabatan Kesihatan jaga aspek kesihatan

SET 4(6)

6.A)Matlamat Ranc. Pembangunan Lima Tahun tahap pertama

Membangunkan kawasan luar bandar
Mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mempelbagaikan sumber pendapatan negara
Mengurangkan pergantungan kepada bijih timah dan getah
Memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam
Membuka tanah baru untuk kegiatan pertanian
Menggalakkan penanaman getah secara ladang
Memberi perhatian kepada sektor perkhidmatan
Memberi tumpuan kepada sektor awam seperti pembinaan infrastruktur
Memberi tumpuan kepada intergrasi nasional
Memfokuskan kesejahteraan Rakyat
Mana-mana 14 X 1m (Maks. 6 Markah)

B)Huraikan peranan agensi kerajaan dalam pelaksanaan Ranc. Malaysia Pertama

FELDA ( Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan )
Membuka tanah untuk pertanian
Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara

FELCRA ( Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara )
Membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi luar bandar

MARA ( Majlis Amanah Rakyat )
Membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian

Bank Bumiputera
Menggalakkan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan

PERNAS ( Perbadanan Nasional Berhad )
Mengiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan

MARDI ( Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian )
Menjalankan penyelidikan pertanian
Memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil pertanian

MIDA ( Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia )/Lembaga Penasihat Tarif/Akta Pelaburan
Mengalakkan kemunculan industri baru

C)Mengapakah Rancangan Pembangunan Tahap Pertama kurang memberangsangkan (KBKK)

Ancaman komunis
Perbelanjaan negara dialih kepada keselamatan negara
Kejatuhan harga getah dan bijih timah
Berlaku peristiwa 13 Mei 1969
Masalah perpaduan kaum
Perbezaan pendapatan antara kaum

SET 4(5)

5.A)Jelaskan peristiwa yang membawa termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

Orang Islam bercadang untuk menziarahi Kota Makkah
Kota Makkah sangat penting kerana letaknya Kaabah/pusat ibadat/tempat asal Muhajirin/ tempat turunnya wahyu pertama
Dipersetujui Nabi Muhammad s.a.w
Baginda ingin menunaikan ibadat umrah

Sekatan oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
Merasakan maruah mereka tercabar
Bimbang dengan kekuatan orang Islam Madinah

Uthman bin Affan sebagai wakil perbincangan
Menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka untuk mengerjakan umrah
Pihak Quraisy Makkah tidak memperdulikanhasrat orang Islam
Khabar angin tentang kematian Uthman Bin Affan
Membuat persetiaan „Bai’ah al-Ridhwan“ menuntut bela kematian Uthman Bin Affan

Penghantaran Suhail Bin Amru sebagai wakil rundingan
Mendapat tahu tentang ikrar dan persetiaan orang Islam membela kematian Uthman

Kata Sepakat/Perjanjian Hudaibiyah
Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan perjanjian
Berlakulah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Suhail Bin Amru

B)Jelaskan faktor pembukaan Kota Makkah

Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas
Membawa kepada pengislaman orang Arab Quraisy maca

Jaminan Keselamatan
Nabi Muhammad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung
Masuk ke Masjid al-Haram/masuk ke rumah Abu Sufian

Pidato Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam
Menekankan konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai bangsa & agama

Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w
Tidak membalas dendam terhadap penduduk Maca yang selama ini memusuhi Islam

C)Kepentingan pembukaan semula Kota Makkah kepada umat Islam

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
Agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya
Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan
Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
Membuktikan negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
Dakwah Islam telah tersebar secara aman/tanpa paksaan daripada mana-mana pihak
Mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang kuat
Makkah dijadikan sebagai wilayah Islam

Ahad, 25 Julai 2010

SET 4(4)

4.A)Menjadi negara maju menjelang tahun 2020
Menjadi negara industri yang menggunakan acuan sendiri
Setanding dengan negara maju di dunia
Menitikberatkan kemajuan bersepadu


B)Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
Membina masyarakat yang maju dan saintifik
Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
Memupuk dan membina masyarakat makmur

C)Masyarakat perlu menseimbangkan etika dengan kemajuan fizikal
Masyarakat perlu patuh kepada agama
Masyarakat mengamalkan budaya dan tradisi yang cemerlang
Pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika dapat dicapai melalui sistem pendidikan yang berkesan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan usaha melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis
Insitusi kekeluargaan yang unggul dapat membina masyarakat bermoral dan beretika


D)Kasih sayang dalam keluarga
Hubungan sesama manusia
Penekanan dalam agama/ patuh pada agama
Menghidupkan semula budaya tradisi yang penuh dengan nilai murni
Masyarakat penyayang
Kehidupan masyarakat yang bermuafakat/bekerjasama
Saling memahami/ menghormati/membantu
Meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan sendiri / tidak individualistik
Pelajar perlu melibatkan diri dalam pengisian wawasan/sembilan cabaran
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
terdahulu
Berusaha mengekalkan kemajuan negara
Berusaha mengekalkan perpaduan
Mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia
Menguasai pelbagai disiplin ilmu
Menyanjung tinggi budaya bangsa
Menghayati Falsafah Pendidikan Negara
E)Pelajar perlu melibatkan diri dalam pengisian wawasan/sembilan cabaran
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
terdahulu
Berusaha mengekalkan kemajuan negara
Berusaha mengekalkan perpaduan
Mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia
Menguasai pelbagai disiplin ilmu
Menyanjung tinggi budaya bangsa
Menghayati Falsafah Pendidikan Negara

SET 4(3)

Ekonomi
Pendidikan
Bahasa
Sastera
Perpaduan
Pembelaan politik bangsa



Mengabungkan tenaga intelektual Melayu
Membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi
Membincangkan nasib orang Melayu dalam soal pendidikan
Membincangkan nasib orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan
Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu
Mana-mana 2 X 1m


Mohammad Eunos Abdullah
Tengku Kadir Ali
Embok Suloh
Mana-mana 2 X 1m


Persatuan Sahabat Pena Malaya

Menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan
Menggalakkan ahlinya bertukar-tukar pendapat
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan
Mana-mana 1 X 1m
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Mengeratkan perpaduan Melayu
Menggalakkan pendidikan
Menjaga budaya dan maruah bangsa
Menegakkan ajaran agama Islam
Mana-mana 1 X 1m


Kesulitan perhubungan
Taraf pendidikan masih rendah

SET 4(2)

4.A)Barang Dagangan tamadun India

Senjata
Gading gajah
Emas
Berlian
mutiara

B)Senarai negara luar yang menjalankan hubungan perdagangan

Macedonia
Sri Lanka
Asia Tengah
Asia Tenggara
China

C)Faktor perkembangan Ekonomi tamadun India pada abad ke-3 SM

Perdagangan dalaman di wilayah India
Perdagangan dengan negara luar spt Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China
Terdapat pelabuhan penting spt Tamralipti
Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan/Sresthin/ Persatuan Tukang kayu, tukang logam.
Persatuan tukang kayu/tukang logam/tukang kulit
Persatuan mengawal harga barangan
Persatuan mengawal kualiti barangan
Persatuan mengawal gaji pekerja
Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
Terdapat sektor perusahaan tekstil spt kain kapas & sutera
Terdapat perusahaan barang kemas spt emas, batu permata dan mutiara.
Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian & buah-buahan
Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom & Sri Lanka

D)Cara meningkatkan ekonomi negara dgn pesat

Bersikap inovatif
Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada
Mewujudkan sebuah negara aman
Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil
Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik
Menjadi pemerintah yang berwibawa
Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau
Mana-mana munasabah – terima

SET 4(1)


4.A)Faktor utama pembentukan Tamadun Indus

Pembentukan petempatan di sepanjang sungai Indus
Kesuburan tanah
Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
Meningkatkan penghasilan pertanian
Pertambahan jumlah penduduk
Perkembangan bandar/wujud bandar Mahenjo-Daro/ Harappa
Bandar Lothal/Sutkagen Dor muncul sebagai bandar pelabuhan

B)Bandar utama di Lembah Indus

Mahenjo-Daro
Harappa
Sutkagen Dor
Lothal

C)Susun lapis masyarakat Indus

Golongan Atasan/Golongan Pendita/ Pedagang
Golongan Bawahan/Petani/Buruh/Hamba

D)Dua kegiatan ekonomi masyarakat Indus

Perdagangan
Pertanian
Pertukangan
Pembuatan

E)Iktibar daripada sifat keterbukaan tamadun Indus

Kejayaan dating hasil daripada hubungan baik bgn Negara luar
Kecemerlangan terbit hasil pertukaran pandangan dengan pihak lain
Segala pengaruh luaran mestilah diadaptasikan dengan keadaan dan suasana tempatan
Mana-mana yang munasabah-terima

SET 3(9)

9.A)Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956
Pelancaran “Minggu Bahasa”untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Pelancaran “Bulan Bahasa” untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960
Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada
bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
Mulai tahun 1982, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990
Jelaskan bagaimana sukan menjadi alat perpaduan di Malaysia


Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi
Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
Aktiviti sukan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira kaum
Sukan dijadikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali berperanan mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri

B)Mengikut pendapat anda, nyatakan kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
Islam sebagai unsur yang terpenting

SET 3(8)

8.A)Terangkan idea cadangan ke arah pembentukan Malaysia pada tahun 1963

Cadangan oleh Lord Brassey , Pengarah Syarikat Borneo Utara
Mencadangkan agar kerajaan British mengabungkan Serawak dan Sabah dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
Cadangan dari Sir Malcom Mc Donald Gabenor Jeneral Asia Tenggara
Mencadangkan supaya Serawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan

Cadangan daripada pemimpin Singapura
Lee Yew Hock / David Marshall pada tahun 1955
Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman (TAR) mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Idea ini ditolak oleh TAR kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk
Cadangan Dato Onn bin Jaafar
Mencadangkan agar persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia
Alasannya pada suatu masa nanti British akan menggabungka Sarawak ,Sabah dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan oleh Tunku Abdul Rahman
Menyetujui dan mencadangkan pembentukan Malaysia di Majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi Singapura
Pembentukan Malaysia diharap dapat menjamin satu kedudukan politik yang kukuh / disegani
Kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan
Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan

B)Jelaskan tanggungjawab anggota Suruhanjaya Cobbold berhubung dengan
pembentukan negara Malaysia

Terdiri daripada tiga orang pegawai British / Lord Cobbold, Sir Anthony Abell,
David Watherstone
Wakil tempatan terdiri daripada Dato’ Wong Pau Nee,Tan Sri Ghazali Shafie
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Membuat penilaian terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
Mengemukakan cadangan rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan British
Menerima memorendem yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan
Mengemukakan laporan memorendem kepada kerajaan British
Melaporkan bahawa satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menyokong dengan syarat kepentingan
mereka harus dilindungi
Satu per tiga rakyat Sabah dan Serawak menginginkan kemerdekaan sebelum
menyertai Malaysia
Mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1997
Sabah dan Sarawak diberikan kuasa menentukan dasar imegrisennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaaan
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikah penubuhan Malaysia

C)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah negara Malaysia berjaya dibentuk walaupun pada mulanya mendapat penentangan yang kuat dari dalam dan luar negara
Usaha gigih yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu secara
berterusan
Usaha Perti Perikatan Tanah Melayu membentuk parti-parti yang menyokang
pembentukan Malaysia
Penduduk Sabah dan Sarawak lebih suka menyertai persekutuan Tanah Melayu
daripada menanggotai Indonesia mahupun Filiphina
Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,Sabah dan
Sarawak serta Singapura
Berjaya menangkis tentangan daripada Indonesia dan Filiphina
Berjaya menangkis tekanan daripada pihak komunis
Wujudnya diplomasi politik yang tinggi antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan kerajaan British
Melibatkan kerjasama serantau/ASA/ MAPHILINDO
Melibatkan kerjasamaa antarabangsa/Pertubuhan Komanwel
Kebijaksanaan pemimpin yang berjaya mengelakkan pertumpahan darah
Hasil rundingan pakatan murni dan tolak antara kaum/penduduk
Kerjasama yang diberikan oleh rakyat negara anggota untuk memastikan
kedaulatan negeri terjamin
Perjanjian Malaysia mengambil kira kepentingan semua negeri anggota


SET 3(7)

7.A)Jelaskan dasar yang telah dilaksanakan oleh British terhadap sektor pertanian
di Tanah Melayu
British memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah
Mengkomersilkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
Mengadakan undang-undang pemilikan tanah bagi
Melindungi tanah orang-orang Melayu dari dicerobohi pemodal asing.
Membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersil seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan
Mengenakan kadar cukai yang berbeza bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki
individu / syarikat yang berminat mengusahakan sesuatu kawasan perlu memohon di Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan.
B)Terangkan dasar tanah British yang digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk peribumi

Melalui Akta Tanah Simpanan Melayu (ATSM),
Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah orang Melayu sebagai tanah simpanan Melayu.
ATSM bertujuan menyelamatkan tanah tersebut daripada di jual, dipajak ,di gadai atau ditukar milik.

Land Order diperkenalkan di Sarawak
untuk melindungi hak milik tanah peribumi/pemilik komuniti daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk pertanian.

Land Settlement Order
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dibuat melalui pewarisan
memberi perlindungan kepada tanah peribumi daripada dipajak, dipecahkan dan dijual kepada orang luar.

Land Order 1948
Tanah di Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian,
iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman

Golongan imigran hanya mempunyai hak terhadap tanah campuran

Proklamasi III di Sarawak
Perlindungan Hak Peribumi menetapkan
kepentingan hak milik tanah peribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah (PD)

Segala urusniaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

C)Mengapakah British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917.
Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
Melarang penanaman getah di kawasan penanaan padi.
Mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu.
Mengelakkan pergantungan kepada beras yang diimport

SET 3(6)


6.A)Terangkan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho
Sistem pemerintahan beraja /monarki
Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja
Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama
Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran

Kuasa raja merupakan mandat dari tuhan
Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik
Raja Shang keturunan pemerintah agama.
Masyarakat percaya jika raja adil kerajaan dan rakyat hidup makmur dan sejahtera / direstui tuhan
Pemerintah shang kehilangan mandat kerana mereka berlaku zalim

Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
Membantu raja memerintah bagi wilayah luar pusat pentadbiran
Bertanggungjawab mentadbir wilayah
Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
Memungut cukai,pertahanan dan undang-undang

Pentadbiran wilayah
Raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
Melantik pembesar tempatan/pembesar feudal mengendalikan disetiap wilayah
Raja Chou dibantu oleh ketua menteri
Dibantu oleh enam badan yang mengurus soal pertanian / tentera / upacara agama / kerja awam / hal ehwal monarki/undang-undang

Mengikat pembesar temapatan melalui ikrar taat setia
Pembesar dikehendaki memberi hadiah kepada Raja-raja Chou
Hadiah seperti kereta kuda/senjata gangsa/hamba/ binatang
Melindungi raja
Memberi bantuan tentera semasa perang
Diberi hak bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan

Mengamalkan sistem pemerintahan bercorak dinasti
Bermula dengan Dinasti Hsia ,Dinasti Shang dan Dinasti Chou

B)Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia hari ini

Sistem pemerintahan monarki
Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno
Diteruskan sehingga pemerintahan Dinasti Ching
Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Konsep anak syurga dikaitkan dengan raja/maharaja
Mandat dari syurga juga dikaitkan dengan maharaja
Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke 20

Butiran


Pembangunan pertanian
Pembinaan sistem pengairan
Pembinaan terusan
Mengairi kawasan pertanian
Mengelakkan berlakunya banjir

Teknologi pertanian
Teknologi pembajakan/penciptaan cangkul
Sabit
Menggunakan batas untuk penanaman
Penggunaan alat pertanian diperbuat daripada besi

Sistem tulisan
Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
Penggunaan secara meluas
Dalam bidang penulisan dan percetakan
Diajar di sekolah-sekolah di China
Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

Sistem kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur pemujaan dari Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa
Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barang perhiasan
Konsep Yin / kuasa pasif dan Yang / kuasa aktif masih terdapat sehingga sekarang
Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi
Konsep Feng Hsui / hubungan antara manusia dengan alam sekitar berlandaskan falsafah Taoisme

Sistem Kalendar
Terdapat 30 hari dalam sebulan
360 hari dalam setahun
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
Menggunakan kalendar untuk aktiviti harian / upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Falsafah Perang Sun Tzu
Karyanya the Art of War
Membicarakan selok belok perang
Bagaimana menangani musuh
Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa
Diaplikasikan pula sebagai tektik dalam urusan perniagaan pada hari inI.

Berdasarkan kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian pertanian di negara ini.
Berikan pendapat anda


Memilih pemimpin yang prihatin terhadap pembangunan pertanian
Membina sistem pengairan yang baik di kawasan pertanian
Memajukan tanah-tanah terbiar untuk tujuan pertanian
Menggunakan bijih benih yang berkualiti
Menggunakan teknologi /peralatan pertanian yang moden
Penggunaan baja yang bersesuaian
Mendapatkan pasaran pertanian secara meluas
Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan
Menggunakan teknik penanaman yang betul
Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/pakar pertanian
Menjadikan produk pertanian barangan komersial
Pertanian adalah perniagaan


C)Jelaskan dasar yang telah dilaksanakan oleh British terhadap sektor pertanian
di Tanah Melayu


British memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah
Mengkomersilkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
Mengadakan undang-undang pemilikan tanah bagi
Melindungi tanah orang-orang Melayu dari dicerobohi pemodal asing.
Membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersil seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan
Mengenakan kadar cukai yang berbeza bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki
individu / syarikat yang berminat mengusahakan sesuatu kawasan perlu memohon di Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan.

SET 3(5)

5.A)Nyatakan lima sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Perkataan dan perbuatan dipercayai kerana tidak pernah berbohong
Bijaksana dengan menyelesaikan peletakan batu Hajar Aswad
Bersifat pengasih dan bertimbang rasa
Membantu isteri memasak / menampal pakaian / melayan anak / membersih rumah
Memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak
Mengamalkan cara hidup yang sederhana
Sentiasa merendah diri
Seorang yang pemaaf
Sentiasa menyampaikan (Tabligh)


B)Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai

Baginda menyampaikan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah
Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
Memujuk dengan menggunakan akal.
Menggunakan pendekatan membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam
Membacakan ayat al-Quran semasa menjawab pertanyaan para sahabat
Memberi penerangan / penjelasan tentang pemasaalahan Islam
Menunjukkan contoh teladan yang baik.

C)Nyatakan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan
berkongsi dengan teman baginda.
Sejak berumur 12 tahun
baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib
ke Syam.
Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah
memperoleh keuntungan yang berlipat ganda
Baginda berniaga dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik.
memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan
Seorang pedagang yang dihormati
menjadi contoh kepada masyarakat

Khamis, 22 Julai 2010

SET 3(4)

4.A)Apakah matlamat penubuhan NAM ?

Mengekalkan keamanan dunia
Tidak menyokong blok Barat atau blok komunis
Membangunkan negara anggota
Mengelak campur tangan asing
Bertukar-tukar pendapat untuk keamanan dan pembangunan
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui rundingan dan persefahaman

B)Senaraikan prinsip perjuangan NAM.

Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
Menghormati kedaulatan sesebuah negara
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara
melalui rundingan dan persefahaman
Menghormati hak asasi manusia
Membela kepentingan negara anggota / negara sedang membangun

C)Namakan negara anggota dalam Pertubuhan NAM

Bekas tanah jajahan Barat (sebut mana-mana negara berkaitan)
Negara-negara membangun di Asia/Afrika / Amareka Selatan
Timor Leste
Pulau Catalina
D)Nyatakan empat isu-isu yang dibangkitkankan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana-mana negara.
menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun
menubukan Kumpulan G15
ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
menghidup kembali NAM
Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

SET 3(3)

3.A)Namakan tokoh yang mempelopori Gerakan Islah

Sheikh Tahir Jalaluddin
Syed Syeikh Al- Hadi
Dr. Burhanuddin Helmy


B)Namakan akhbar yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea dan perjuangan mereka

Al-Imam
Neracha
Idaran Zaman
Pengasuh


C)Apakah matlamat perjuangan Kaum Muda ?

Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
Gesaan memajukan ekonomi, politik, sosial orang Melayu
Mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
Menuntut ilmu
Mempelajari tawarikh atau sejarah
Mengkritik penjajah


D)Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat bergerak dengan berkesan di Negeri-Negeri Melayu ?

Gerakan ini hanya dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Selat sahaja
Undang-undang yang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Sultan tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah oleh Kaum Muda
Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu
Mendapat tentangan daripada golongan Kaum Tua / alim ulama

E)Nyatakan aspek pendidikan yang diberi penekanan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu

Sistem pendidikan Islam
Pendidikan untuk dunia
Pendidikan untuk akhirat
Pendidikan fardhu ain
Ilmu Hisab
Bahasa Inggeris
Pendidikan untuk pelajar perempuan

Rabu, 21 Julai 2010

SET 3(2)

2. A)Nyatakan dua tokoh yang mengemukakan teori tersebut.

John Crawford
Syaed Naquib al-Attas
Emanuel Gadinho Eredia
S.Q. Fatimi
Snouck Hurgronje

B)Senaraikan bukti teori kedatangan Islam ke Asia Tengara dari Sem Tanah Arab

Dikemukakan oleh John Crawford
Disokong oleh prof Syed Mohamad Naquib al-Atas
Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang
Bukti catatan Cina Bahawa oarang Arab / Parsi telah mempunyai pusat peraniagaan/petempatan di Canton / Amoy sejak tahun 300 Masehi
Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah , Mesir ke Cina sejak awal lagi sehingga munculnya Islam di Mekah pada abad ke-7
Asia Tenggara sebagai pelabuhan persinggahan pedagang Arab ke negara China
Pedagang Arab membina perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
Persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan sastera Semenanjung Tanah Arab
Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
Perkataan Arab yang terdapat dalam tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
Pengislaman raja di asia Tenggara dilakukan oleh Syeik dari Arab
Penulisan kitab agama menggunakan gaya penulisan Arab

C)Berikan dua cara bagaimana pedagang Islam menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Pedagang mempunyai sikap dan tingkah laku yang murni yang menjadi ikutan masyarakat tempatan
Menjadikan perkampungan / pelabuhan persinggahan sebagai menjadi pusat perbincangan agama Islam di kalangan pedagang
Pedagangan menjalankan dakwah
Pedagang membawa bersama ulama untuk menyebarkan Islam
Mempunyai sifat mahmudah / berhemah / lemah lembut menarik lebih ramai penduduk tempatan
Hubungan baik pedagang dengan pemerintah tempatan yang memberi keistimewaan untuk berdakwah.
Pedagang Islam dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa pelabuhan di Asia Tenggara Mana-mana 2 x 1 m

Nyatakan pengaruh Islam dalam sistem ekonomi masyarakat di Asia Tenggara.

Baitulmal diperkenalkan sebagai institusi ekonomi di Acheh sebagai perbendaharaan Negara harta/fitrah/hasil diperoleh daripada zakat dan sedekah
mencari rezeki yang halal
melarang perbuatan mengemis
rajin bekerja
amalkan unsur-unsur halal semasa berurus niaga / riba tidak dibenarkan
sumber rezeki yang besar datang daripada perdagangan
mata wang bercetak tulisan gelaran Islam bagi Sultan negeri berkenaan seperti Khalifatul Muslimin
membayar zakat harta

SET 3(1)

1. A)Apakah faktor utama pembentukan tamadun Indus ?

Penduduk nomad membentuk petempatan kekal
Sungai Indus menyediakan sumber air
Sungai Indus mempunyai tanah yang subur
Penduduk pandai menyesuaikan diri dengan alam sekitar
Peningkatan hasil pertanian membawa kepada pertambahan penduduk
Pertambahan penduduk menyumbang kepada perkembangan bandar

B)Namakan bandar utama yang terbentuk di lembah Indus
Mohenjo-Daro
Harappa
1m
Nyatakan susun lapis masyarakat Indus

Golongan atasan
Golongan bawahan
Golongan atasan adalah pendeta dan pedagang
Golongan bawahan adalah petani dan buruh
Golongan paling bawah adalah hamba

C)Senaraikan dua kegiatan ekonomi masyarakat Indus

Kegiatan perdagangan
Kegiatan pertanian / bercucuk tanam
Kegiatan pertukangan / pembinaan
Kegiatan pembuatan / barangan logam dan tembikar

D)Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat keterbukaan tamadun Indus ?

Perlu cintakan ilmu
Perlu gigih dan rajin
Perlu pertukaran teknologi / kepakaran
Perlu kreatif dan inovatif
Menjalinkan hubungan diplomatik
Sedia menerima pengaruh luar yang baik
Menjalinkan hubungan perdagangan
Mengutamakan kedamaian dan keamanan


Download Free music

Maher Zain Barkah

Download Now !!! Its Free

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda,

Perngurus DBQ.

Isnin, 19 Julai 2010

SET 2(9)

9(.A)Terangkan cabaran globalisasi yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia?

Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia tanpa sempadan.
Segala aspek ekonomi dan sosial menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat
Proses komunikasi manusia antara sebuah negara dengan sebuah negara lain berlaku dengan pantas.
Keadaan ini berlaku kerana kemajuan dalam nbidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Malaysia terpaksa mengakui kepentingan ICT.
Kita terpaksa akur dengan nilai baru bahawa pengukuran kekayaan sesebuah negara berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan
Kita perlu sedar bahawa modal intelek dan pekerja berpengalaman menjadi sumber paling berharga bagi sesebuah negara.
Kita perlu bersedia ke arah mewujudkan K- masyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi

Malaysia menghadapi cabaran ini dengan menyediakan frasarana ICT
Langkah ini bertujuan merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT
Malaysia mempromosikan Penggunaan ICT
Malaysia melancarkan projek Korodor Raya Multimedia (MSC)
MSC memulaakn e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital
Kerajaan telah memperuntukkan belajawan
Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT
RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar
Kerajaan menyediakan peruntukan kepada penyelidikan dan pembangunan penciptaan baru dan pendaftaran paten
Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru
Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan
Sekolah tersebut diwujudkan bagi meningkatkan daya saing
Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari
Sekolah ini dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat
Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semua
Langkah ini dilaksanakan agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitik
B)Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan memperkenalkan projek Koridor Raya Multimedia

Memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat
Memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
Menggalakkan perkembangan ICT.
Menggalakkan penggunaan ICT secara positif.
Pelaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan (K-ekonomi) berjalan lancar.
Membangunkan ekonomi negara
Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi.
Melahirkan masyarakat yang bermaklumat