Rabu, 28 Julai 2010

SET 5(7)

7.A)Konsep Yang Di-Pertuan Agong
Jawatan YDPA diwujudkan sejak tahun 1957
Merupakan tonggak negara
Ketua Utama Negara
Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara

B)Jelaskan bidang kuasa YDPA mengikut Perlembagaan Malaysia

Sebagai ketua kerajaan
Mengetuai 3 badan kerajaan/Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.
Satu unsur daripada 3 unsur Parlimen
Mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen
Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
Berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
Boleh menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat
Membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu
Ketua Agama Islam
Bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
Mempunyai kuasa untuk melantik & melucutkan Jemaah Menteri & Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat PM
Boleh mengisytiharkan Undang-undang Darurat di bawah ’Undang-undang X’
Jika mendapati keselamatan negara terancam
Kuasa melantik Pengerusi dan 3 orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,
Serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Bertanggungjawab melantik Peguam Negara
Melantik Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.
Memiliki kuasa tertinggi mentauliahkan duta-duta negara kita.

C)Jelaskan Ciri-ciri Dewan Negara
Juga dikenali sebagai Dewan Senat
Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara
Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli
Ahli Dewan Negara digelar Senator mewakili setiap negeri
Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya
Seorang Senator memegang jawatan bagi tempoh 3 tahun
Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat/Ahli Parlimen
Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh YDPA
Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam Perkhidmatan Awam/ bidang profesional spt perniagaan/ perusahaan/ pertanian/ kesenian/ kebajikan/ mewakili kumpulan minoriti spt Orang Asli

Ketaatan kepada Raja dan Negara Malaysia

Menghormati lambang-lambang Negara
Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
Menghormati keluhuran Perlembagaan
Menghormati institusi Raja





Tiada ulasan:

Catat Ulasan