Ahad, 25 Julai 2010

SET 3(7)

7.A)Jelaskan dasar yang telah dilaksanakan oleh British terhadap sektor pertanian
di Tanah Melayu
British memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah
Mengkomersilkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
Mengadakan undang-undang pemilikan tanah bagi
Melindungi tanah orang-orang Melayu dari dicerobohi pemodal asing.
Membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersil seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan
Mengenakan kadar cukai yang berbeza bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki
individu / syarikat yang berminat mengusahakan sesuatu kawasan perlu memohon di Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan.
B)Terangkan dasar tanah British yang digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk peribumi

Melalui Akta Tanah Simpanan Melayu (ATSM),
Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah orang Melayu sebagai tanah simpanan Melayu.
ATSM bertujuan menyelamatkan tanah tersebut daripada di jual, dipajak ,di gadai atau ditukar milik.

Land Order diperkenalkan di Sarawak
untuk melindungi hak milik tanah peribumi/pemilik komuniti daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk pertanian.

Land Settlement Order
Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dibuat melalui pewarisan
memberi perlindungan kepada tanah peribumi daripada dipajak, dipecahkan dan dijual kepada orang luar.

Land Order 1948
Tanah di Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian,
iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman

Golongan imigran hanya mempunyai hak terhadap tanah campuran

Proklamasi III di Sarawak
Perlindungan Hak Peribumi menetapkan
kepentingan hak milik tanah peribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah (PD)

Segala urusniaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi
Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

C)Mengapakah British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917.
Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
Melarang penanaman getah di kawasan penanaan padi.
Mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu.
Mengelakkan pergantungan kepada beras yang diimport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan