Ahad, 18 Julai 2010

SET 2(3)

3.Perkara 20 yang dikemukakan oleh Sarawak dan Sabah merupakan tuntutan yang dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan


A)Senaraikan dua cadangan daripada Suruhanjaya Cobbold untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah

Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresen.
Jaminan terhadap hak dan kedududukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948

B)Berikan dua perkara penting dalam hak wilayah asingan

Ketua negeri.
Bahasa kebangsaan.
Agama Islam.
Kedudukan istimewa penduduk asal negeri.
Hal ehwal imigresen.
Kerakyatan.
Peruntukan kewangan
Pelajaran


C)Terangkan dua inti pati dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold

Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
Satu pertiga menyokong dengan syarat.
Satu pertiga menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu


D)Mengapakah Laporan Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan
Malaysia ?

Membuktikan majoriti penduduk Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia.
Menafikan tuduhan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme


E)Pada pendapat anda, apakah ikhtibar yang dapat dipelajari daripada kejayaan
pembentukan Malaysia

Mengamalkan diplomasi dalam mengatasi masalah.
Membuktikan kepemimpinan tokoh tempatan.
Pemimpin sanggup bekerjasama / bertolak ansur demi mencapai kesejahteraan bersama
Kerjasama daripada rakyat penting untuk kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan