Sabtu, 17 Julai 2010

SET 2(1)

1)A)Senaraikan dua peperangan yang berlaku di Madinah antara tahun
622 – 630 Masihi.

Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Tabuk

B)Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam
dalam peperangan.

Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua,
kanak-kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri
Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
Dilarang memusnahkan tanam-tanaman
Dilarang merobohkan tempat ibadat


c)Nyatakan dua sebab Islam membenarkan umatnya berperang.

Apabila diserang oleh musuh
Untuk mencari keamanan
Untuk memelihara tempat ibadat
Menjaga maruah negara
Memelihara daripada kemusnahan harta benda
Melindungi orang yang tidak berdosa


D)Nyatakan dua bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.

Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar
Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai

E)Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan
peperangan daripada berlaku ?

Mengamalkan akhlak yang mulia
Saling bertolak ansur
Kepimpinan melalui teladan
Menghormati hak asasi
Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi pemerintahan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan