Ahad, 25 Julai 2010

SET 3(6)


6.A)Terangkan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho
Sistem pemerintahan beraja /monarki
Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja
Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama
Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran

Kuasa raja merupakan mandat dari tuhan
Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik
Raja Shang keturunan pemerintah agama.
Masyarakat percaya jika raja adil kerajaan dan rakyat hidup makmur dan sejahtera / direstui tuhan
Pemerintah shang kehilangan mandat kerana mereka berlaku zalim

Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
Membantu raja memerintah bagi wilayah luar pusat pentadbiran
Bertanggungjawab mentadbir wilayah
Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
Memungut cukai,pertahanan dan undang-undang

Pentadbiran wilayah
Raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
Melantik pembesar tempatan/pembesar feudal mengendalikan disetiap wilayah
Raja Chou dibantu oleh ketua menteri
Dibantu oleh enam badan yang mengurus soal pertanian / tentera / upacara agama / kerja awam / hal ehwal monarki/undang-undang

Mengikat pembesar temapatan melalui ikrar taat setia
Pembesar dikehendaki memberi hadiah kepada Raja-raja Chou
Hadiah seperti kereta kuda/senjata gangsa/hamba/ binatang
Melindungi raja
Memberi bantuan tentera semasa perang
Diberi hak bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan

Mengamalkan sistem pemerintahan bercorak dinasti
Bermula dengan Dinasti Hsia ,Dinasti Shang dan Dinasti Chou

B)Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia hari ini

Sistem pemerintahan monarki
Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno
Diteruskan sehingga pemerintahan Dinasti Ching
Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Konsep anak syurga dikaitkan dengan raja/maharaja
Mandat dari syurga juga dikaitkan dengan maharaja
Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke 20

Butiran


Pembangunan pertanian
Pembinaan sistem pengairan
Pembinaan terusan
Mengairi kawasan pertanian
Mengelakkan berlakunya banjir

Teknologi pertanian
Teknologi pembajakan/penciptaan cangkul
Sabit
Menggunakan batas untuk penanaman
Penggunaan alat pertanian diperbuat daripada besi

Sistem tulisan
Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
Penggunaan secara meluas
Dalam bidang penulisan dan percetakan
Diajar di sekolah-sekolah di China
Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

Sistem kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur pemujaan dari Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa
Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barang perhiasan
Konsep Yin / kuasa pasif dan Yang / kuasa aktif masih terdapat sehingga sekarang
Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi
Konsep Feng Hsui / hubungan antara manusia dengan alam sekitar berlandaskan falsafah Taoisme

Sistem Kalendar
Terdapat 30 hari dalam sebulan
360 hari dalam setahun
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
Menggunakan kalendar untuk aktiviti harian / upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Falsafah Perang Sun Tzu
Karyanya the Art of War
Membicarakan selok belok perang
Bagaimana menangani musuh
Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa
Diaplikasikan pula sebagai tektik dalam urusan perniagaan pada hari inI.

Berdasarkan kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian pertanian di negara ini.
Berikan pendapat anda


Memilih pemimpin yang prihatin terhadap pembangunan pertanian
Membina sistem pengairan yang baik di kawasan pertanian
Memajukan tanah-tanah terbiar untuk tujuan pertanian
Menggunakan bijih benih yang berkualiti
Menggunakan teknologi /peralatan pertanian yang moden
Penggunaan baja yang bersesuaian
Mendapatkan pasaran pertanian secara meluas
Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan
Menggunakan teknik penanaman yang betul
Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/pakar pertanian
Menjadikan produk pertanian barangan komersial
Pertanian adalah perniagaan


C)Jelaskan dasar yang telah dilaksanakan oleh British terhadap sektor pertanian
di Tanah Melayu


British memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah
Mengkomersilkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
Mengadakan undang-undang pemilikan tanah bagi
Melindungi tanah orang-orang Melayu dari dicerobohi pemodal asing.
Membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersil seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan
Mengenakan kadar cukai yang berbeza bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki
individu / syarikat yang berminat mengusahakan sesuatu kawasan perlu memohon di Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan