Ahad, 18 Julai 2010

SET 2(6)

6 A)Terangkan mata wang yg digunakan di Tanah Melayu sejak zaman tersebut hingga awal abad ke-20

Terdapat berbagai mata wang primitif digunakan di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Contohnya mata wang emas, perak dan timah dikeluarkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Melaka.
Dinar emas yang digunakan di Kelantan dikenali sebagai Kijang.
Wang emas dan kupang emas digunakan di Terengganu.
Jongkong tampang digunakan di Pahang.
Mata wang katun digunakan di Johor.
Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
Pedagang Eropah menggunakan mata wang asing di Tanah Melayu.
Contohnya mata wang Sepanyol.
Mata wang ini digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri Selat.
Mata wang ini bertahan selama 300 tahun.
Kerajaan British memperkenalkan wang kertas Negeri-Negeri Selat.
Wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897.
Hanya mata wang ini sahaja yang sah digunakan di Negeri-Negeri Selat.
Mata wang kerajaan Melayu telah terhapus.

B)Kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan institusi kewangan.Terangkan perkembangan institusi kewangan di Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20

Kepesatan ekonomi Tanah Melayu mendorong pihak penjajah memperkenalkan institusi kewangan.
Bertujuan melicinkan urusan kewangan
Institusi kewangan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur.
Bank memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan.
Bank memperkenalkan kadar faedah yang tinggi.
Dana dari luar dibawa masuk melalui bank.
Bank menjadi agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport.
Merchantile Bank adalah bank pertama di Tanah Melayu.
Bank Eropah mula dibuka di Tanah Melayu selepas Perjanjian Pangkor.
Antaranya ialah The Chartered Bank, Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemene Bank Nederland.
Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah.
Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah (komprador).
Pemodal tempatan menubuhkan bank mereka sendiri pada awal abad ke-20.
Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Diikuti oleh Bank of Malaya di Ipoh 1920 dan Ban Hin Lee 1935 di Pulau Pinang.
Bank perdagangan ditubuhkan di Sarawak.
Antaranya Sarawak Chinese Banking Corporation (1913) dan Ban Chiang Bank
Orang Melayu menubuhkan banknya sendiri.
Bank Melayu pertama ialah Malay National Banking Corporation (1947) di K. Lumpur
Bank ini menubuhkan cawangannya di Temerloh dan Rembau.
Bank ini tidak bertahan lama.
Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah.
Bertujuan memastikannya menjana ekonomi negara.

C)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan institusi kewangan di Tanah Melayu

Menjana pertumbuhan ekonomi negara
Menyediakan pinjaman kepada pelabur
Memajukan industri negara
Pengenalan sistem kewangan moden yang berorientasikan kadar faedah yang tinggi.
Mempercepatkan kemasukan dana asing
Menggalakkan pelaburan asing
Mempercepatkan bayaran kepada pengimport dan pengeksport.
Melicinkan urusan perdagangan antarabangsa.
Meningkatkan keinginan untuk menabung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan