Jumaat, 30 Julai 2010

TOPIKAL KERTAS 2 TINGKATAN 5

BAB 1
1.A)Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya
Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
B)
Penggunaan kapal wap
Membolehkan muatan lebih banyak
Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat
Menjadikan perjalanan lebih selamat
Menjimatkan kos
Penciptaan telegraf
Memudahkan urusan perdagangan
Mempercepatkan arahan kepada pegawai di tanah jajahan
Membolehkan ahli perniagaan berhubung dengan wakil
mereka di Timur
Menjadikan perdagangan antarabangsa lebih pesat

C) Nyatakan keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialisme Barat melaksanakan dasar imperialisme.

Kedudukan yang strategik antara China dengan India
Berdekatan dengan kawasan pasaran di India dan China
Tanah yang subur
Kaya dengan bahan mentah

D)Pada pendapat anda, mengapakah kuasa-kuasa barat saling bersaing untuk menguasai Asia Tenggara?

Untuk meluaskan tanah jajahan
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan
kekayaan

E)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kuasa Barat begitu mudah menjajah Asia Tenggara?

Kelengkapan senjata yang moden
Pembesar tempatan tidak bekerjasama / bersatu padu
Pencapaian Barat dalam bidang saing dan teknologi
Perjuangan pembesar tempatan hanya bersifat setempat dan
tempatan
Tipu muslihat Barat melalui perjanjian

2.A)Nyatakan ciri-ciri sistem pentadbiran pusat di Filipina selepas penjajahan Sepanyol.
Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
Gabenor Jeneral dibantu oleh Datuk Bandar dan Gabenor Kecil
Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
Gabenor Kecil menjadi pentadbir bandar

B)Apakah maksud Sistem Encomienda ?
Merupakan gabungan barangay-barangay
Pentadbiran di peringkat tempatan
Diketuai oleh Encomiendero

C)Apakah tugas-tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomieda ?

Merupakan gabungan barangay-barangay
Pentadbiran di peringkat tempatan
Diketuai oleh Encomiendero

D)Mengapakah sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina?

Dibenci oleh penduduk Filipina
Mengenakan cukai yang tinggi
Mengenakan kerahan tenaga
Menyebabkan kemerosotan terhadap sistem pemerintahan
tradisional
Pengaruh golongan datu merosot

E)Pada pendapat anda, apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang pemimpin untuk mengelakkan penindasan pihak penjajah ?
Berani
Kepimpinan yang mantap
Bijaksana / berilmu pengetahuan
Semangat juang yang tinggi
Sanggup berkorban
Ikhlas

3.A)Jelaskan ciri-ciri umum sistem birokrasi barat yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara
Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-
wilayah di tanah jajahan
Pelantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah
jajahan
Pelaksanaan pentadbiran melalui biro(jabatan)
Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro
Pengenalan undang-undang Barat

B)Jelaskan perubahan-perubahan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
Menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS)
Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan dibantu
oleh Residen Kaunselor
Mengekalkan pentadbiran penghulu di peringkat kampung
Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)
dengan menggabungkan Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan, Sistem Residen diperkenalkan
Negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis,
Kelantan dan Johor dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NNMTB), Sistem Penasihat
diperkenalkan
Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor
NNS
Tugas utama Residen dan penasihat British adalah untuk
menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat
British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
Pelaksanaan sistem pungutan cukai
Membahagikan negeri kepada beberapa daerah
Menubuhkan balai polis

C)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?


Penjajah membahagikan pentadbiran kepada pentadbiran
pusat dan pentadbiran tempatan
Melantik gabenor Jeneral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai
pentadbir pusat
Menghapuskan jawatan pembesar tradisional di peringkat
pusat
Menghapuskan institusi raja

Raja kehilangan kuasa
Memansuhkan fungsi raja sebagai penaung agama
Menjalankan pentadbiran melalui biro
Melantik pegawai-pegawai Barat sebagai ketua biro
Memperkenalkan undang-undang Barat
Meluluskan undang-undang bagi tanah jajahan di negara
mereka
Memperkenalkan sistem kehakiman Barat
Melaksanakan sistem pungutan cukai
Memaksa raja menerima penasihat Barat
Mengurangkan pengaruh pembesar tempatan

4.A)Jelaskan faktor-faktor yang telah mencetuskan gerakan nasionalisme
tahap pertama di Thailand.

Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh
kerabat diraja
Penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak
Perkembangan sistem pendidikan Barat
Pendedahan terhadap fahaman liberal / sistem demokrasi /
sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek
Kelemahan sistem pentadbiran
Sikap Raja Vajiravudh yang boros
Penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan
Field Marshall Phibul Songram
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932

B)Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain ?
Memperkenalkan sistem birokrasi Barat / pemodenan
dalam pentadbiran
Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat
Penasihat Barat dilantik untuk mengetuai pelbagai jabatan
Melatih pegawai-pegawai tempatan
Penasihat kewangan / pelabuahan / polis dari Britain
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
Penasihat ketenteraan dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat
Rendah / Majlis Mesyuarat Tertinggi / Kabinet Menteri
Melantik juru audit dari Britain berkhidmat dalam
perbendaharaan negara
Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang
mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Kurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja

C)Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada
gerakan nasionalisme di Asia Tenggara ?

Menguasai ilmu pengetahuan / berilmu / bijaksana
Menghayati perjuangan tokoh-tokoh silam
Menanam sikap sanggup berkorban
Mempunyai jati diri
Memiliki semangat yang kental / berani / cekal / gigih
Menghargai kemerdekaan / kedaulatan sesebuah negara
Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan
Mengambil iktibar sejarah pembinaan bangsa dan negara
Memperkasa perpaduan bangsa / perpaduan

5.A)Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua
Lebih radikal
Pergerakan lebih tersusun / berorganisasi
Dipimpin oleh golongan berpendidikan /berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan / ilmu pengetahuan Barat
Menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh Barat / serta
menyedari kesan perubahan terhadap bangsa dan negara
Matlamat perjuangan lebih jelas
Menuntut kemerdekaan
Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat

B)Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina pada tahap kedua.
Bermula dengan penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio
Katipunan memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol
Matlamat perjuangan ahlĂ­ untuk menyatukan bangsa Filipina
Mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Kalayan merupakan akhbar rasmi Katipunan
Katipunan telah melancarkan revolusi bersenjata
Bertujuan untuk menggulingkan pemerintah Sepanyol, tetapi gerakan revolusi ini gagal
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Agunaldo menyebabkan Katipunan semakin lemah
Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat
Berjaya mengusir kuasa Sepanyol.
Memulakan penguasaan Amerika Syarikat di Filipina.
Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina pada tahun 1899 tetapi tidak disahkan oleh Amerika.
Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901.
Kerajaan Amerika hanya membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana
Sergio Osmana dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan setelah memenangi pilihanraya
Usaha menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan dilakukan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.

C)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara?
Mengharamkan parti bercorak radikal
Hanya membenarkan parti bercorak sederhana
Menangkap pemimpin parti radikal
Menghukum bunuh pemimpin parti radikal
Membuang pemimpin ke luar negeri
Melarang pemimpin melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
Menangkap dan memenjara pemimpin yang radikal
Menjanjikan kemerdekaan kepada pemimpin tempatan
Membentuk perlembagaan baru di tanah jajahan


BAB 6
1.A)Berikan dua alasan mengapakah Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
Lee Kuan Yew ingin memepertahankan kedudukannya
Bimbang pengaruh parti berhaluan kiri
Bimbang pengaruh ideologi komunis


B)Nyatakan dua sebab mengapakah Brunei menarik diri daripada menyertai Malaysia?

Pemberontakan oleh A.M Azhari
Menubuhkan Persekutuan Borneo / Kerajaan Kalimantan Utara
Malaysia dianggap sebagai satu bentuk neokolonialisme
Mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina

C)Berikan dua sebab Indonesia membantah penubuhan Malaysia
Malaysia satu bentuk neokolonialisme
Penubuhan Indonesia mengancam Indonesia
Menghalang penubuhan Indonesia Raya

D)Nyatakan dua tindakan yang diambil oleh Indonesia sebagai protes kepada idea gagasan Malaysia

Melancarkan Dasar Konfrantasi / Ganyang Malaysia
Serangan terhadap kapal-kapal nelayan di Tanah Melayu
Pencerobohan udara
Serangan melalui Johor, Sabah dan Sarawak

E)Berikan dua sebab mengapakah Filipina membantah idea gagasan Malaysia?
Mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu
Pajakan Sabah kepada British tamat pada 22 Januari 1958 / Sultan Esmail Sulu mengisytiharkan pajakan British ke atas Sabah tamat.

2.A)Senaraikan parti politik di Sarawak yang menentang penubuhan Malaysia pada peringkat awal.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
Sarawak Chinese Association (SCA)

B)Mengapakah kaum peribumi di Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia pada peringkat awal?
Ingin kemerdekaan terlebih dahulu
Bimbang kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu
Bimbang sumber ekonomi negeri dikuasai oleh Kerajaan Pusat
Bimbnag Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu

C)Apakah perkara yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak mengenai hak wilayah asingan? Ketua Negeri
Bahasa Kebangsaan
Agama Islam
Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal imigresen
Kerakyatan
Pelajaran
Peruntukan Kewangan

D)Mengapakah menjelang akhir tahun 1961 pemimpin dan rakyat Sabah Sarawak menyokong penubuhan Malaysia?

Penjelasan dari Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu mempertimbangkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
Semangat perpaduan dan sikap toleransi para pemimpin dari Tanah Melayu
Kerjasama daripada pemimpin Sabah dan Sarawak

3.A)Senaraikan anggota Suruhanjaya Cobbold yang bertanggungjawab melaksanakan gagasan Malaysia
Lord Cabbold
Sir Anthony Abell
Sir David Watherston
Wong Pow Nee
Tan Sri Ghazali Shafie

B)Berikan tujuan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?

Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British
Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi pandangantentang pembentukan Malaysia

C)Nyatakan hasil laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikemukakan kepada Kerajaan British pada bulan Jun 1962
1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malayisa tanpa syarat
1/3 menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi
1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

D)Apakah cadangan Suruhanjaya Cobbold yang diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia

5.A)Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia?
Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia

B)Siapakah tokoh yang memperkenankan Akta Malaysia?
Ratu Elizabeth II
C)Senaraikan pihak-pihak yang terlibat dalam meluluskan Akta Malayisa

Parlimen British
Parlimen Tanah Melayu
Dewan Perhimpunan Singapura
Majlis Undangan Sarawak
Majlis Undangan Sabah

Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang telah diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Nyatakan inti pati Perjanjian Malaysia 1963
Semua urusan hal ehwal adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehinnga 10 tahun tahun selepas Hari Malaysia
Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen dalam pilihanraya
Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

6.A.Senaraikan DUA buah negara di Kepulauan Borneo yang dicadang penggabungannya ke dalam Malaysia.
Sarawak
Sabah
Brunei

B.)Nyatakan TIGA sebab British bersetuju dengan pembentukan Malaysia.
menjayakan proses dekolonisasi.
selaras dengan usul PBB memerdekakan tanah jajahan.
kestabilan politik di Asia Tenggara.
menghalang penyebaran pengaruh komunis.
kepentingan mereka terutama di Singapura terkawal

C)Nyatakan TIGA alasan yang mendorong Singapura di bawah Lee Kuan Yew bersetuju menyertai Malaysia

kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis di Singapura.
kemenangan Barisan Sosialis melemahkan parti pimpinan beliau.
pengaruh Barisan Sosialis mengugat kemerdekaan Singapura.
bimbang terhadap ancaman komunis.

D.)Kemukakan dua faktor ekonomi yang mempengaruhi pembentukan Malaysia
mengwujudkan pasaran yang luas.
menggalakkan pelaburan dalam industri pertanian.
mengwujudkan kerjasama ekonomi.

7.A)a) Nyatakan cadangan pemimpin tempatan dan luar negara yang dikemukakan ke arah pembentukan Malaysia.

Lord Brassey mahu menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan negeri- negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
Sir Malcolm Mc Donald mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
Dato’Onn Ja’far mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia kerana British akan menggabungkan negeri Sarawak , Sabah, Singapura, Brunei dan Singapura dan Tanah Melayu.
Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan singapura dan Tanah Melayu sahaja.
Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju digabungkan Singapura kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Kemudian beliau bersetuju untuk menggabungkan Singapura

B)Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia.
Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Singapura
melemahkan Parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew – Parti Tindakan Rakyat
Perkembangan ini menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura
Ancaman komunis menyebabkan Lee Kuan Yew mendesak Britih menggabungkan Singapura menghadapi ancaman komunis
Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis dapat membantu Singapura
Ancaman CCO mahu menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
Pembentukan Malaysia menjadi benteng menghadapi komunis.
Mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan Brunei
yang masih belum mampu berkerajaan sendiri.
menjamin kemerdekaan lebih awal / dalam tempoh dua tahun
menikmati pembangunan sosial , ekonomi dan politik
Proses dekolonialisasi British terhadap negeri belum membangun.
hampir kesemua negara di Asia Tenggara berjaya mendapatkan Kemerdekaan
dalam Perhimpunan PBB timbul usul agar tanah jajahan dimerdekakan
Dapat memberikan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
British berharap pembentukan ini dapat menghalang pengaruh komunis di Singapura dan Borneo
British mahu memastikan kepentingannya / pangkalannya di Singapura terjamin.
Dapat mewujudkan pasaran yang luas
Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
Mewujudkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun
Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum.

C)Pada pengetahuan sejarah anda, apakah nilai-nilai yang terserlah melalui kejayaan pembentukan Malaysia?
ciri-ciri kepimpinan tokoh politik Tanah Melayu , Sarawak Sabah dan Sigapura
kerajaan British sanggup bekerjasama dan bertolak ansur demi kesejahteraan besama
diplomasi politik berjaya menyelesaikan konflik
wujudnya kerjasama oleh rakyat negara anggota
melibatkan hubungan serantau
memperlihatkan kesepakatan
semangat setia kawan
tekanan pihak komunis dapat ditangkas

[Mana-mana 7 X 1m]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan