Rabu, 28 Julai 2010

SET 5(6)

6.A)Enam sebab mengapa Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke- 15
Kedudukan Melaka yang sangat strategik
Kehadiran ramai pedagang asing
Melaka menjadi pusat perdagangan rempah
Pentadbiran yang licin dan teratur
Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan
kelautan
Mewujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan
syahbandar bertanggungjawab terhadap hal ehwal perdagangan
Undang-Undang Laut Melaka digubal dan menjadi Landasan untuk dipatuhi.
Sistem sukatan dan timbangan telah diperkenalkan.
Perdagangan dilakukan melalui kaedah
Pertukaran barang dan kaedah jual beli

B)Terangkan penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
mata wang timah digunakan di Melaka
berbentuk bulat
beratnya satu kati lapan tahil
nama sultan dan tarikh Islam tertera pada mata
wang

mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay
boleh digunakan di Melaka

mata wang timah digunakan di Johor
dikenali sebagai wang katun
berbentuk bulat atau segi enam
tidak mempunyai tarikh tetapi mempunyai
tulisan Arab
Negeri Kedah menggunakan mata wang
timah
berbentuk ayam jantan hinggap di atas cincin
boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

mata wang emas juga digunakan di Kedah ,
Johor dan Kelantan

Wang emas Johor digunakan sejak zaman
Sultan Alauddin Riayat Shah – 1527
wang emas Johor dikenali sebagai kupang

C)Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan di Melaka
Pedagang dikenakan cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan
Cukai tetap/import ditetapkan oleh pemerintah
Pedagang dari India, Ceylon, Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai enam peratus daripada nilai barangan
Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus.
Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
Orang asing lain dikenakan cukai enam peratus
Amalan riba tidak dibenarkan
Golongan ceti yang memberi pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka
Golongan kaya disaran membayar zakat harta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan