Sabtu, 31 Julai 2010

TOPIKAL KERTAS 2 TINGKATAN 4

BAB 1
1.A)Masyarakat tamadun Indus menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Nyatakan kegiatan ekonomi masyarakat tersebut

Perdagangan
Pertanian
Pertukangan
Pembuatan

B)Buktikan masyarakat tamadun Indus telah pun mempunyai pegangan agama?
Patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan
Penemuan patung proto-Siva
Objek bentuk seseorang duduk bersila dengan stail yoga
Terdapat tiga tanduk di kepala objek yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva
Percaya kepada Tuhan Ibu
C)Nyatakan sifat keterbukaan yang dimiliki oleh masyarakat tamadun Indus
Membuat hubungan dan bertukar pandangan dengan phak lain
Hubungan dengan tamadun Mesopotamia / Mesir Purba
Berlaku pertukaran teknologi
Pengaruh dari luar disesuaikan dengan suasana tempatan

D)Sebagai generasi muda hari ini, apakah yang anda boleh pelajari daripada masyarakat tamadun Indus?

Kemahiran dalam bidang seni bina
Perlu gabungan kepakaran untuk membina bandar terancang
Keperluan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan

2.A)Senaraikan golongan-golongan yang berada di lapisan yang berikutnya
Golongan petani
Golongan artisan
Golongan tentera
Golongan paling bawah ialah hamba.

B)Senaraikan pekerjaan yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun Hwang Ho.
Sebagai tentera
Sebagai petani
Golongan artisan / mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata, dan barang tembikar.
Golongan hamba.

C)Buktikan amalan agama dan kepercayaan yang telah wujud dalam masyarakat tamadun Hwang Ho
kepercayaan anismisme.
mempercayai politeisme seprti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
penilikan tulang oracle

D)Pada pandangan anda, apakah sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian yang kita warisi sehingga ke hari ini

Membina sistem pengairan untuk
Sistem kawalan banjir untuk mengairi kawasan pertanian.
teknologi pembajakan
mencipta cangkul dan sabit.
pengenalan pengunaan batas untuk pertanian
Peralatan pertanian daripada logam besi bagi menggantikan peralatan daripada kayu

ESEI
BAB 1

A)Nyatakan proses pembentukan tamadun awal Indus
Penduduk nomad di barat laut India membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus yang menyediakan sumber air dan terdapat tanah yang subur.
Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar
Peningkatan hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
Pembentukan dua bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.

B) Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa adalah dua buah bandar yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Jelaskan ciri-ciri istimewa bandar tersebut

Sebuah bandar terancang
terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.
Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.
Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalanraya yang lurus dan bersambung antara satu sarna lain.
Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri
Kemahiran geometri hasil daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
Mengunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.
Mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
Bandar-bandar boleh dihubungi melalui sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

C)Apakah faktor-faktor masyarakat Tamadun Indus dikagumi dalam aspek perancangan bandar?

Gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.
Pemahaman dalam ilmu geometri.
Pemahaman dalam ilmu Kesenian.
Pemahaman dalam ilmu matematik.
Mahir dalam bidang pembinaan.
Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.
Berusaha meningkatkan mutu binaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.

D)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengapakah Tamadun awal Indus dianggap sebagai tamadun yang matang?
Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.
Pencapaian dalam menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.
Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
Melahirkan masyarakat yang mempunyai kreativiti dalam penggunaan sumber alam
Menghasilkan teknologi yang hebat
Contoh pembinaan bandar terancang

2. A) Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho
Lembah yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan.
Tapak Banpo yang berhampiran bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk
Menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu. .
Petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar
antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

B) I.Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh dinasti Shang
berbentuk pemerintahan beraja.
pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial, dan agama.
Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
Raja dibantu oleh golong an bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam tugas seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

II.Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Dinasti Chou
Membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
Mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan
Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senj ata gangsa, hamba dan binatang
Melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
Pembesar diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

C)Pada pendapat anda apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho yang dapat diwarisi oleh masyarakat pada hari ini
Sistem Politik
sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga
Amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke 20.
Sistem Ekonomi
Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan pertanian
Mengelakkan berlakunya banjir.
Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman.
Menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
Sistem Sosial
Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
Tulisaninijuga diajar di sekolah-sekolah di China.
Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
Agama dan Kepercayaan
pemujaan roh nenek moyang.
Unsur pemujaan diteruskan mengikut kesesuaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barang perhiasan
Mengamalkan Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
Sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
kalendar digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengebumian.
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, The Art of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan peniagaan.

STRUKTUR

BAB 2
1.A)Apakah Prinsip undang-undang Dinasti Maurya menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini
berasaskan titah perintah raja
Semua titah perintah raja akan diukir pada tiang batu undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat
Tiang-tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka
undang-undang tersebut mementingkan kesejahteraan dan keadilan rakyat

B)Nyatakan Kepentingan undang-undang pada zaman Maurya
sebagai titah dan perintah diraja.
Menjamin kesejahteraan rakyat dan pemerintahan yang adil
Memastikan rakyat mengetahui titah perintah raja yang diukir di tiang batu

C)Kewibawaan Asoka - Dinasti Maurya.
tidak menekankan kekuatan ketenteraan

menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh
memberikan penekanan kepada ajaran Buddha.

segala titah perintah dan undang-undang diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi-tepi jalan dapat dibaca oleh rakyat.
sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat dan konsep keadilan.
berusaha menyebarkan agama Buddha secara aman dan bukan secara ketenteraan
Hubungan diplomatik dilaksanakan

D)Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka.
Peperangan akan membawa banyak kemusnahan, penderitaan dan kematian.

Penaklukan boleh dibuat secara diplomasi, contohnya melalui penyebaran agama Buddha.

Kemajuan dan kestabilan politik memerlukan pentadbiran yang cekap.

Pembentukan satu birokrasi pentadbiran amat perlu bagi melaksanakan dan melicinkan pentadbiran.
Kerjasama, tolak ansur, dan toleransi perlu dipraktikkan dalam kehidupan supaya dapat menghindari dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Undang-undang dan peraturan merupakan satu cara kawalan sosial untuk menjamin kesejahteraanlkeamanan negara.

E)Mengapakah Dinasti Maurya runtuh
berpecah belah akibat ketidakcekapan pemerintah selepas Asoka
perebutan kuasa sesama sendiri.
Wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan membebaskan diri
Berlaku banyak pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan.
Tentangan daripada golongan Brahmin yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar pemerintahan Asoka, yang menjadikan agama Buddha sebagai dasar pemerintahan negara
golongan Brahminm merasa terabai.
Kelemahan kerajaan pusat menyebabkan timbulnya banyak kekacauan dan menjejaskan keupayaan tentera untuk mengembalikan keamanan.
Kerajaan pusat tidak berupaya memperoleh cukai daripada wilayah-wilayah
usaha¬-usaha pembangunan negara terjejas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

ESEI
BAB 2
1.A)Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya berjaya meluaskan kuasanya

Kejayaan menakluki Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Wujud pemerintahan pusat yang kuat
Penubuhan unit-unit perisik khas untuk memastikan tidak berlaku sebarang penentangan terhadap kuasa pusat
Pembahagian wilayah kepada beberapa bahagian utama yang diketuai oleh wizurai.
Menyatupadukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India dan menjadikan Pataliputra sebagai ibu kota pemerintahannya
Mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan 10 000 orang tentera infantri

B)Kejayaan yang dicapai melalui perluasan kuasa Dinasti Maurya di India disebabkan para pemimpin
Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan Chandragupta Maurya
Memiliki pasukan tentera yang besar dengan 600 ekor gajah, 1000 orang askar berkuda dan 10 000 orang infantri.
Menguasai seluruh India Utara, Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Bindusara anak Chandragupta, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.
Asoka meluaskan kuasa melalui dasar yang lembut dan terbuka serta memberikan penekanan kepada agama Buddha.
Seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya pada zaman pemerintahan Asoka ekoran kemenangan ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

C)Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun India
Perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Macedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa
Hasil dagangan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.
wujud persatuan perdagangan dan perusahaan di setiap bandar yang dikenali sebagai sresthin
Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
Raja mengawasi perjalanan persatuan.
Dasar kewangan dan ekonomi yang bentuk mata wang emas yang sistematik dengan mengunakan mata wang sebagai medium jual beli.
Pengeluaran tekstil, kain kapas,sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan.
Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi.
Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi.

D)Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan terus berkembang?
Kestabilan politik-pemimpin yang berwibawa dan dinamis.
Hubungan dengan tamadun lain - perdagangan, diplomatik
Perkembangan pemikiran dan kemahiran - agama, pendidikan, falsafah, sains dan teknologi. Perkembangan ilmu pengetahuan.
Penjajahan/penaklukan wilayah/negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan