Khamis, 15 Julai 2010

GEMPUR SEJARAH 2010

SET 1

Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang

Anyang

Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.

Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan

Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar

Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh

Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani


Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang

kepada Dinasti Chou ?

Kezaliman pemerintah Raja Shang

Kebangkitan golongan hamba

Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan



Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka ?

Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah

Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang

Diminta melindungi Raja

Memberikan bantuan tentera pada masa perang

Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho ?

Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja

Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri

Bertanggungjawab memungut cukai

Menguruskan pertahanan

Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing


Tiada ulasan:

Catat Ulasan