Ahad, 25 Julai 2010

SET 3(9)

9.A)Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956
Pelancaran “Minggu Bahasa”untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Pelancaran “Bulan Bahasa” untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960
Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967 untuk mengukuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris ditukar kepada
bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
Mulai tahun 1982, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990
Jelaskan bagaimana sukan menjadi alat perpaduan di Malaysia


Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi
Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
Aktiviti sukan terbuka kepada semua yang berminat tanpa mengira kaum
Sukan dijadikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSSS) ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali berperanan mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri

B)Mengikut pendapat anda, nyatakan kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
Islam sebagai unsur yang terpenting

Tiada ulasan:

Catat Ulasan