Isnin, 26 Julai 2010

SET 4(8)

8.A)Apakah tugas Suruhanjaya Reid?

Membincang perlembagaan Persekutuan yang merdeka
Menyusun perlembagaan
Merangka sebuah perlembagaan Persetuan Tanah Melayu yang akan merdeka
Berpandukan beberapa isu spt pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
Mengambil kira isu kedudukan raja-raja Melayu / hak istimewa orang Melayu
Mewujudkan satu bangsa PTM
Menerima memorandum daripada pelbagai pihak iait raja , orang perseorangan dan parti politik
Menerbitkan cadangan-cadangan
Menyerahkan cadangan kepada Parlimen British untuk diluluskan

B)Jelaskan isi kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
Institusi Raja sebagai Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.
Prinsip Jus soli diterima
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
Bahasa Melayu sebaga Bahasa kebangsaan
Yang di-Pertian Agong menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen
Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksan pentadbiran / dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

C)Sebagai rakyat PTM yang merdeka pada masa itu, nyatakan kepentingan yang diperolehi apabila termeterainya Perjanjian PTM 1957?

Pakatan murni dicapai
Kerajaan Demokrasi ditubuhkan
Membentuk kerajaan berkonsep raja berpelembagaan
Pemimpin pelbagai kaum menyokong PTM
Wujud perpaduan yang jitu antara kaum
Keharmonian kaum dapat dicapai
Mengelak pertumpahan darah
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir
PTM sebagai negara yang berdaulat
Negara merdeka mengikut acuan sendiri
Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
Mengenepikan perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa
Kini rakyat menikmati keamaanan dan pembangunan
Mendapat taraf bangsa yang merdeka sama dengan bangsa lain di dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan