Rabu, 28 Julai 2010

SET 5(8)

8.A)Jelaskan dasar-dasar berikut :
i. Dasar Kebudayaan

Lahir daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
Dilancarkan pada tahun 1971
Digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
Objektif adalah untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sisioekonomi.

ii.Sukan untuk Perpaduan
Sukan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi & kaum
Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
Di peringkat sekolah, merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan
Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-sekolah di peringka daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan 2 tahun sekali jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri

B)Jelaskan apakah cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak
Penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina & Tamil sebagai bahasa pengantar
Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah
Mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui dasar pendidikan
menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum

C)Usaha-usaha yang dijalankan bagi memajukan bahasa Melayu

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956
Pelancaran ‘Minggu Bahasa’ dan Bulan Bahasa’ untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada 1960
Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Seperti Sekolah Alam Shah/Sekolah Sri Puteri/Sekolah Sultan Abdul Halim
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat²
Penubuhan UKM pada tahun 1977 membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
Mulai 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990

D)Usaha sebagai warganegara untuk memperkuatkan perpaduan kaum.
Memupuk kerjasama melalui gotong-royong
Mengelakkan perkara-perkara yang membawa kepada pergaduhan/perbalahan antara kaum
Bersama-sama dalam membuat dasar negara
Menghormati dan mengamalkan Rukun Negara








Tiada ulasan:

Catat Ulasan