Isnin, 26 Julai 2010

SET 4(5)

5.A)Jelaskan peristiwa yang membawa termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

Orang Islam bercadang untuk menziarahi Kota Makkah
Kota Makkah sangat penting kerana letaknya Kaabah/pusat ibadat/tempat asal Muhajirin/ tempat turunnya wahyu pertama
Dipersetujui Nabi Muhammad s.a.w
Baginda ingin menunaikan ibadat umrah

Sekatan oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
Merasakan maruah mereka tercabar
Bimbang dengan kekuatan orang Islam Madinah

Uthman bin Affan sebagai wakil perbincangan
Menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka untuk mengerjakan umrah
Pihak Quraisy Makkah tidak memperdulikanhasrat orang Islam
Khabar angin tentang kematian Uthman Bin Affan
Membuat persetiaan „Bai’ah al-Ridhwan“ menuntut bela kematian Uthman Bin Affan

Penghantaran Suhail Bin Amru sebagai wakil rundingan
Mendapat tahu tentang ikrar dan persetiaan orang Islam membela kematian Uthman

Kata Sepakat/Perjanjian Hudaibiyah
Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan perjanjian
Berlakulah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Suhail Bin Amru

B)Jelaskan faktor pembukaan Kota Makkah

Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas
Membawa kepada pengislaman orang Arab Quraisy maca

Jaminan Keselamatan
Nabi Muhammad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung
Masuk ke Masjid al-Haram/masuk ke rumah Abu Sufian

Pidato Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam
Menekankan konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai bangsa & agama

Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w
Tidak membalas dendam terhadap penduduk Maca yang selama ini memusuhi Islam

C)Kepentingan pembukaan semula Kota Makkah kepada umat Islam

Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
Agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya
Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan
Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
Membuktikan negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
Dakwah Islam telah tersebar secara aman/tanpa paksaan daripada mana-mana pihak
Mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang kuat
Makkah dijadikan sebagai wilayah Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan