Isnin, 26 Julai 2010

SET 5(4)


4.A)Apakah yang anda faham tentang pertubuhan Komanwel?

Anggota terdiri daripada negara bekas tanah jajahan British yang telah merdeka.
54 buah negara maju dan negara sedang membangun
sekretariat / ibu pejabat di London

B)Dua matlamat penubuhan Komanwel

Membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
bekerjasama dalam semua bidang
Memelihara keamanan dan kedaulatan negara anggota
Menjanjikan bantuan kepada negara anggota

C)Tiga sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel

Lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
Menganjur mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi

D)Dua faedah yang diperoleh Malaysia menerusi Komanwel.

Membantu pelihara keamanan
Menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
Berjanji membantu jika diserang musuh semasa berkonfrontasi dengan Indonesia
Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah
Bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel

E)Pada pendapat anda mengapakah Malaysia perlu menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa?

Berbaik-baik dengan semua negara
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
Memelihara kepentingan nasional
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
Menjadi warga global yang bertnggungjwab
Memupuk kesejahteraan dunia
mana-mana munasabah - terima
Mana-mana 2 X 1m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan