Ahad, 18 Julai 2010

SET 2(4)

4Nyatakan dua cadangan dalam Penyata Razak 1956 yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Dua elemen penting untuk menyuburkan semangat perpaduan.
Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk.
Kurikulum bercorak kebangsaan yang seragam.
Penubuhan dua jenis sekolah rendah iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum.
Sekolah Menengah dibahagikan kepada sekolah menengah Melayu dan sekolah menengah Inggeris.
Penggunaan pengantar bahasa Melayu di Sekolah Umum.
Penggunaan pengantar bahasa Inggeris,Cina dan Tamil di Sekolah Jenis Umum.
Penggunaan pengantar bahasa Melayu di sekolah menengah Melayu.
Penggunaan pengantar bahasa Inggeris di sekolah menengah Inggeris
Mewajibkan Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris di semua sekolah


B)Nyatakan dua perubahan yang dicadangkan dalam Laporan Rahman Talib 1960 terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan sebelumnya.

Mencadangkan penukaran sekolah di peringkat rendah.
Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.
Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
tanpa mengira keturunan dan agama.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan
yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan
sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan


C)Kajian Aminudin Baki 1965 telah memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan. Apakah matlamat sistem persekolahan tersebut ?

Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
Memberikan pelbagai kursus kemahiran
Melahirkan tenaga mahir
Sebagai persediaan untuk pasaran kerja

D)Nyatakan dua perkara yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 untuk memantapkan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
Kenaikan darjah secara automatik
Penekanan terhadap sekolah vokasional
Sukatan pelajaran sekolah swasta
Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpadua

E)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui dasar-dasar pendidikan ?

Belajar di sekolah yang sama
Menggunakan pengantar yang sama
Pelajar daripada kaum berlainan boleh berinteraksi melalui kokurikulum.
Menggunakan kurikulum yang sama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan