Isnin, 19 Julai 2010

SET 2(8)

8.A)Terangkan maksud keluhuran perlembagaan ?
Prinsip Rukun Negara yang ketiga
Keagungan dan ketertinggian undang-undang
Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang diPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
Undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Persekutuan
Undang-undang negeri terbatal sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen / bercanggah dengan perlembagaan.
Mahkamah berhak menentukan kesahihan setiap undang-undang

B)Jelaskan kepentingan perlembagaan negara bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat

Menjamin kestabilan sesebuah negara
Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan dan ketelusan kerajaan
Melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan
Sebagai panduan kepada pemerintah
Menjamin taat setia rakyat kepada negara
Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat
Menjamin dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu
Menjamin kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri
Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya untuk memesatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak

C)Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan negara perlu dipinda dari semasa ke semasa

Bertujuan melindungi kepentingan rakyat
Menjaga keselamatan negara
Melicinkan urusan pentadbiran negara
Supaya ia sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
Mewujudkan undang-undang yang munasabah dan dipatuhi oleh rakyat
Melarang perkara sensitif dipersoal secara terbuka
Perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti pemerintahan beraja / agama Islam / Bahasa Melayu / hak istimewa orang Melayu
Memelihara ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
Pindaan pemansuhan imuniti(kekebalan) bagi Yang Dipertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan