Rabu, 28 Julai 2010

SET 5(5)

5.A)Bukti teori John Crawford (Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab)

Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang
Catatan China menyatakan tentang wujudnya pusat perniagaan / petempatan pedagang Arab di Canton sejak 300 M.
Sejak awal lagi pedagang Arab telah menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah Mesir hingga ke China.
Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam.
Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggarara kerana kedudukan Selat Melaka yang strategik.
Pedagang Arab menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan /membina perkampungan.
Perkampugan tersebut menyediakan tapak untuk berdagang /mengumpul barang jualan/ membeli barangan mewah dari China dan India.
Terdapat orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
Wujud tapak yang kukuh bagi pedagang Arab menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
Semasa menunggu perubahan angin monsoon digunakan pedagang ini berbincang dengan pedagang tempatan tentang kepercayaan /agama.
Kehidupan serta nilai Islam yang mur ni diperlihatkan oleh pendakwah dan pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
Terdapat catatan China mengenai kewujudan perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada Tahun 650 M.
Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke tujuh masehi.
Persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Kesusasteraan Tanah Arab.
Terdapat banyak perkataan Arab dalam tulisan jawi.
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu di pengaruhi oleh budaya Arab.
Menghormati tetamu/muzik Melayu/dabus/tarian zapin.
Kebanyakan karya tempatan mengisahkan pengislaman raja oleh syekh dari Tanah Arab.
Pengislaman Raja Pasai iaitu Merah Silu
Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi keturunan Arab yang bernama Syekh Ismail.
Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam Bahasa Melayu menggunakan gaya bahasa tulisan Arab.
Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang ulama tempatan.
Kitab tempatan seperti tauhid/tafsir al-Quran/hadis didapati menggunakan bahasa Arab/rujukan dari Tanah Arab.
B)Keistimewaan Asia Tenggara menjadi tumpuan para pedagang membantu perkembangan penyebaran Islam
Keistimewaan Asia Tenggara ialah kedudukannya yang strategik
Asia Tenggara terletak di antara China dan India
Selat Melaka menjadi penghubung di antara China dan India
Terdapat banyak pelabuhan di sekitar Selat Melaka
Contohnya Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasa, Brunei dan Pattani.
Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara mempunyai hubungan dengan pelabuhan di Lautan Hindi
Contohnya Mocha, Hormuz, Surat, Goa, dan Colombo.
Hubungan dengan pelabuhan di Pantai Koromondel India
Contohnya Masulipatam dan Pondecherry
Hubungan dengan pelabuhan yang penting di Laut China Selatan

C)KBKK – Islam tersebar melalui jalan laut
Kemajuan dari segi pengangkutan dengan terciptanya kapal layar/kapal wap
Jalan darat sedia ada jauh/sukar/banyak halangan politik dan geografi/ancaman keselamatan.
Wujud pelabuhan-pelabuhan utama di Asia Tenggara
Pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara mempunyai kemudahan yang lengkap untuk kapal berlabuh.
Kemahiran ilmu pelayaran dengan penggunaan kompas/peta.
Wujud kerajaan-kerajaan maritime di pesisir pantai menjadi pintu masuk kepada para pedagang.
Industri perkapalan berkembang maju dan ini menggalakkan pelayaran.
Wujud konsep dakwah yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab/India/Parsi melalui jalan laut.
Telah wujud hubungan tradisi antara Asia Tenggara dengan tamadun Arab/India dan China.
Kegiatan pelayaran merupakan satu kebangaan dan mempunyai nilai patriotik masyarakat dahulu kala.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan