Undian bagi perlembagaan baru Mesir bermula hari ini
Sabtu 15 Dec 2012
Setengah lagi penduduk akan undi minggu depan
KAHERAH:
Rakyat Mesir hari ini mula memutuskan sama ada menerima satu
perlembagaan baru yang disokong parti-parti Islam, termasuk Presiden
Mohamed Mursi, atau menolaknya seperti yang diminta oleh pihak
pembangkang yang bimbang ia akan mengundang langkah memperkenalkan
undang-undang syariah.
Protes yang berjalan berminggu-minggu serta pertempuran ganas antara dua kumpulan bertentangan yang menyebabkan lapan orang maut pada minggu lalu gagal menghentikan Encik Mursi daripada meneruskan pungutan suara itu, yang akan berjalan secara berasingan selama seminggu.
Para pengundi di bandar-bandar terbesar Kahirah dan Iskandariah serta lapan daerah lain akan mengadakan undian hari ini.
Seminggu kemudian, pada Sabtu depan, lagi setengah daripada penduduk Mesir pula akan ke pusat-pusat undian.
Encik Mursi mengarahkan dua tarikh undian itu kerana ramai hakim yang enggan menyelia pungutan suara itu kerana memprotes.
Parti-parti Islam yang menyokong Encik Mursi dan para pembangkang sekular yang menentangnya telah menjalankan kempen bersungguh-sungguh sejak kelmarin.
"Andalah yang akan menerima akibatnya jika anda mengundi 'ya'. (Undi) 'tidak' terhadap perlembagaan itu," kata satu iklan kempen dalam talian oleh sebuah kumpulann pembangkang yang dinamakan '6 April'.
Pihak yang menyokong pungutan suara itu telah mengeluarkan rakaman video yang disertakan dendangan lagu dengan lirik: "Perlembagaan ini tidak seburuk apa, ia ditulis jawatankuasa wira."
Ia juga menunjukkan para penyokong yang memegang pelekat dengan tulisan: "Ya kepada perlembagaan".
Golongan penentang, yang kebanyakannya berfahaman sekular dan liberal, melihat draf perlembagaan yang dilakar oleh sebuah panel yang didominasi parti-parti Islam itu sebagai berpotensi melemahkan hak asasi manusia, hak asasi wanita dan kebebasan para hakim.
Ia bimbang jika Encik Mursi dan kumpulan Persaudaraan Islam bersama kumpulan ortodoks Salafi mahu mendesak Mesir ke arah sebuah negara Islam yang mengamalkan undang-undang syariah.
Kumpulan penaung pembangkang, Barisan Penyelammat Kebangsaan (NSF), sedang cuba mempengaruhi pengundi supaya memberikan undian "tidak" kepada perlembagaan itu.
Ia juga berkata bahawa ia mungkin meminta penyokongnya memboikot pungutan suara itu jika ia tidak dijalankan secara "telus".
Pakatan pembangkang itu meminta agar pungutan suara itu diadalan dalam sehari dan bahawa para hakim dan pemantau bebas memerhatikan setiap pusat mengundi.
Kumpulan Encik Mursi pula berkata pungutan suara itu adalah bagi 32 juta pengundi di Mesir untuk memutuskannya. - AFP.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan