Rasmi : Draf Perlembagaan Mesir Diterima
Rabu 26 Dis.2012
KAHERAH - Rakyat Mesir telah memberi 'lampu hijau' kepada draf
perlembagaan menerusi referendum yang diadakan dalam dua peringkat
baru-baru ini, dengan lebih 60 peratus menyokongnya.
Lebih 10 juta atau 63.8 peratus mengundi menyokong berbanding 36.2 peratus atau lebih enam juta membantah.
Keputusan rasmi diumumkan semalam (awal pagi tadi, waktu Malaysia) oleh Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, Hakim Samir Abou El Maaty.
Lebih 10 juta atau 63.8 peratus mengundi menyokong berbanding 36.2 peratus atau lebih enam juta membantah.
Keputusan rasmi diumumkan semalam (awal pagi tadi, waktu Malaysia) oleh Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir, Hakim Samir Abou El Maaty.
Samir menolak dakwaan pembangkang bahawa ada individu yang menyamar
sebagai hakim, yang dilantik, untuk memantau perjalanan proses
referendum. Ia antara aduan dibuat oleh pembangkang kepada suruhanjaya
itu,
Keputusan referendum sepatutnya diumumkan kelmarin tetapi ditangguhkan
sehingga semalam ekoran aduan-aduan yang diterima.Referendum diadakan
dalam dua peringkat ekoran kekurangan hakim.
Referendum pada 15 dan 22 Disember lalu diadakan di sebalik ketegangan,
yang berakhir tumpahan darah dan demonstrasi termasuk di hadapan istana
presiden, ekoran pembangkang dan kumpulan minoriti merasakan hak mereka
telah diketepikan dalam perlembagaan baru.
Malah, ada yang beranggapan penggubalan perlembagaan baru bercanggah
dengan aspirasi kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan
kepimpinan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak, awal tahun lalu.
Keputusan diumumkan menerusi stesen televisyen kerajaan, Nile News TV.Susulan keputusan rasmi yang diumumkan itu, pilihan raya Parlimen perlu diadakan dalam tempoh dua bulan.
Seramai 17,058,317 atau 32.9 peratus orang mengundi dalam referendum
kali ini. Seramai 52 juta orang layak mengambil bahagian proses
pengundian kali ini.
Selepas keputusan referendum diumumkan, puluhan penunjuk perasaan
berhimpun di jambatan-jambatan utama di ibu negara Mesir dan membakar
tayar.
Perdana Menteri, Hisham Qandil menyifatkan tiada pihak yang "rugi"
dalam proses referendum dan penggubalan perlembagaan baru ini, dan mahu
semua pihak kerjasama dengan kerajaan untuk memulihkan ekonomi.
Perlembagaan baru ini antara lain menekankan bahawa syariah kekal
sebagai sumber utama perundangan, Al-Azhar akan dirunding dalam
soal-soal berkaitan dengan syariah, agama Kristian dan Yahudi adalah
sumber utama perundangan bagi masing-masing penganut Kristian dan
Yahudi, dan tempoh jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal selama
lapan tahun
.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan