Bashar Al Assad Si Yahudi Yang Kian Terdesak
Rabu 26 Dis.2012
Adakah menyerupai orang arab?
Status semasa rejim Bashar adalah tidak menentu . Diplomat mengatakan bahawa Assad nampaknya telah menjadi "banduan sistem sendiri," tidak lagi memainkan peranan kepimpinan yang aktif dan berkurung di istananya. Dengan kedudukan FSA yang semaking mendekati dan mengepun istana beliau, Asad dilihat tidak mampu bertahan lama. Satu demi satu kedudukan penting tenteranya ditawan FSA. FSA dilaporkan sengaja membiarkan rakyat asing meninggalkan negara itu melalui jalan udara walaupun berkemampuan menyerang dan melumpuhkan lapangan terbang damsyik. Jalan-jalan utama menuju ke lapangan terbang juga tidak ditutup walaupun FSA menguasai sepanjang jalan tersebut.
TIGA PILIHAN
Assad mempunyai tiga pilihan dalam keadaan sekarang. Yang pertama adalah untuk kekal dalam istana presiden dan memenuhi janji yang dibuat bulan lepas dalam satu temu bual dengan televisyen Rusia untuk "hidup dan mati di Syria".
Kemungkinan kedua adalah untuk melarikan diri dari Damascus berssama keluarganya dan mencari perlindungan di negara ketiga sama ada Iran atau Venezuela. Dua kerajaan yang secara terbuka menyokong rejim Syria. Faisal Miqdad, timbalan menteri luar Syria dilaporkan telah melawat Venezuela, Cuba, dan Ecuador baru-baru ini. Ecuador kemudiannya mengumumkan bahawa ia tidak sedia untuk memberi suaka kepada Assad.
Pilihan yang paling mungkin adalah untuk rejim dan teras tentera untuk berundur ke pergunungan Alawiyah di pantai Mediterranean. Sumber diplomatik mengatakan bahawa terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa rejim sedang merancang untuk mendaftarkan semua ASWJ yang tinggal di bandar-bandar pantai Tartous, Banias, dan Latakia.
Penduduk bandar-bandar pantai kebanyakannya terdiri daripada golongan ASWJ manakala kawasan pedalaman bergunung adalah berpenduduk majoriti syiah Alawiyah.
Terdapat khabar angin menunjukkan bahawa rejim akan berundur ke kawasan pantai Tartous dan Latakia.
Sumber adios
Tiada ulasan:
Catat Ulasan