Biasanya pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh
keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang
pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.
Detik ini tidak berlaku bagi pengantin baru di Syria. Tidak ada kata
bersantai-santai atau bercumbu mesra seharian dengan pasangan tetapi si
isteri perlu menyediakan peralatan perang untuk suaminya. Inilah kisah
yang akan diceritakan diceritakan oleh Fathi At-Tamimi, seorang
sukarelawan Syria yang ketika ini berada di Turki dalam status
Facebooknya ogos lalu.
Dia menceritakan, seorang perempuan berumur 20 tahun penghafal Al-Quran
itu dengan berlinang air mata menjahit sendiri baju tempur suaminya yang
baru dinikahi dua minggu apabila pertempuran pertama telah memanggil
para pejuang membela agama. Pada malam pula diisi satu doa dibaca
berulang-ulang apabila bersujud panjang.
"Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,
Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.
Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.
Aku akan bergembira apapun keputusan Mu
Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. "
Si suami yang mendengar doa tersebut lalu bertempur bagai singa yang
luka. Tiga kereta kebal rejim syiah Assas dirosakkan sendiri. Dia berada
di barisan paling hadapan dan kembali dari medan perang yang paling
belakang. Belum pernah dirinya dilihat musuh. Lagenda diantara kawan
lawan, dibakar doa dan kepasrahan isteri tercinta.
Disaat yang sama, isterinya bekerja keras membantu mangsa-mangsa perang,
menghibur mereka, menyediakan pakaian, makanan serta tempat tinggal.
Merawat luka, mendoakan para pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan
sukarelawan terdiri dari keluarga mujahidin atau yang ditinggalkan.
Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander
kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang
datang menghantar berita.
"Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini."
Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau,
Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya
demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas
daripada rejim Syiah.
Nama perempuan mula tersebar. Menjadi contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri, Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A'ini dari Homs.
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang
sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem
pelarian di Turki.
sumber islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan