Sabtu, 4 Ogos 2012

Petua langsing

Sabtu 4 Ogos,2012

Berikut antara saranan makanan yang cepat melangsingkan tubuh:

* Epal

Serat makanan bukan saja membantu melancarkan sistem penghadaman anda, tetapi turut membantu mengurangkan kolestrol di dalam badan. Epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses menguruskan badan. Kajian menunjukkan individu makan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet mereka seperti roti, biskut dan sebagainya.

* Ikan salmon

Makanan laut adalah diet yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Individu yang memakan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak dua paun berbanding orang yang langsung tidak memakannya.

* Telur

Memulakan sarapan telur pada waktu pagi, membantu melawan peningkatan berat anda sepanjang hari. Kandungan protein akan membuatkan individu berasa kenyang.

* Badam

Sekiranya anda seorang yang gemar memakan makanan ringan untuk tujuan menguruskan badan, badam adalah pilihan yang terbaik. Segenggam badam dapat membantu untuk anda berasa kenyang sepanjang hari. Kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding daripada wanita yang tidak memakannya.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan