Sabtu, 18 Ogos 2012

Umat Islam sambut Aidilfitri pada Ahad

 

, Ahad 19 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Sebagaimana dijangka, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Puasa atau Aidilfitri pada Ahad, 1 Syawal 1433H, bersamaan 19 Ogos.
Pengisytiharan itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Katanya, pengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang telah ditetapkan pada hari Ahad itui adalah bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan