wo0o0o0! aku sendiri pun tak tahu sebab apa aku buat topic ni, kalau korang baca pun, korang mesti pelik kan? laki plak excited tentang ni. Jangan gelak plak kat aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa topik ni jugak yang aku pilih,tapi tak salahkan kalau kita nak anak kembar kalau di izinkan, alhamdulillah. mari kita tengok tips-tips yang boleh diguna pakai atau sebaliknya .
Kahwin dengan pasangan kembar atau berketurunan kembar.
Bhahaha jawapan tipikal. xD
Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandung-ngandung, alih alih dia mengandung anak kembar 5. Dah macam kucing pula.
Tidak. yang itu bukan tips yang saya nak sarankan.
Ini tips paling mudah. Logik. Dan telah dilakukan penelitian.
Banyakkan makan ubi, kentang dan susu!
3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Cepat beli susu sekarang juga!

Makanan Masa Kecik-kecik dulu. xD
Maksud ubi itu masaklah ubi rebus ke, bukan beli kerepek ubi Pringles pulak. -_-
Eh lagi satu. Tips makan ubi, kentang dan susu bukan sahaja bagus untuk mendapatkan anak kembar, tetapi salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tak ada rezeki nak beranak!.
Sapa yang tak nak anak kembar wey, kalau aku pun nak jugak anak kembar walaupun belum lagi kawin -.-" . Rasa diri ni sangat-sangat bertuah. Tapi korang tau tak, memiliki anak kembar ni bukan semudah yang disangka. Bagi pompuan la, laki nak buat ape nye. Anak kembar mungkin mengundang kehamilan berisiko
1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.
4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.
5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.
12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.
15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.
19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar
20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
erylife
Tiada ulasan:
Catat Ulasan