Aksi Kelantan, ATM tegang
PERTEMBUNGAN antara juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang malam tadi cukup hangat.
Seperti diramal, kedua-dua pasukan menampilkan aksi bertenaga dengan melancar- kan serangan ke kubu lawan masing-masing sebaik perlawanan bermula.
Begitupun, aksi menarik yang ditampilkan Kelantan dan ATM itu yang berkesudahan seri 1-1, dicemari dengan insiden kekecohan yang dicetuskan segelintir penyokong The Red Warriors ketika perlawanan memasuki minit ke-64.
Kekecohan itu berpunca daripada tindakan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Iz- wan yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan selepas kapten, Mohd. Badri Radzi dijatuhkan dalam kotak penalti.
Akibatnya, perlawanan terpaksa dihenti- kan sementara selama 14 minit.
Sebelum itu, ATM terlebih dahulu berjaya merobek gawang Kelantan hasil jaringan pe- nyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-60.
Bagaimanapun, Kelantan memusnahkan impian ATM untuk meraih tiga mata penuh apabila memperoleh gol penyamaan menerusi Obinna Nwaner pada lewat perlawanan..
kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan