Jumaat, 24 Ogos 2012

Asal-usul Pergerakan Freemason (Bahagian 1)
Sabtu 25 Ogos,2012
"PENGENALAN

Pertembungan antara kuasa-kuasa dunia ini memainkan peranannya sendiri dalam satu kisah yang rumit dari peristiwa yang terbongkar melalui banyak komplot yang manusia wujudkan oleh usaha keras mereka terdiri daripada semua jenis tujuan.

Kepada masyarakat pada umumnya hal-hal kelihatan tidak memiliki sebarang pola tertentu juga tidak kelihatan lebih bermakna di sebalik peristiwa yang paling penting. Iaitu bagi kebanyakan orang tidak banyak ketara diluar kehidupan sehariannya yang datang dan pergi.
Tapi satu pemeriksaan teliti terhadap saling mempengaruhi konflik kuasa-kuasa ini. mendedahkan kerumitan operasi rancangan bijak dimana memaparkan realiti perjalanan bermakna mendalam yang sebenar. Hidup Itu adalah sebuah konsep dari kebijaksanaan canggih lebih dari apa yang kita bayangkan sebelumnya.

Berikut ini adalah usaha sederhana untuk mendedahkan beberapa realiti itu. Kita berada dalam tempoh masa yang tertentu ketika kegelapan mendominasi. Sesetengah daripada apa yang anda bakal lihat mungkin kelihatan hebat. Tetapi kita harus ingat bahawa kegagalan kita untuk memahami hal-hal tersebut hanya fakta menyedihkan merendahkan diri kita sendiri. Kita merendahkan potensi baik dan buruk dalam diri manusia kerana kita merendahkan diri kita sendiri. Tuhan menciptakan kita dengan akal tapi kita gagal melatihnya kepada potensi yang sebenar. Kemampuan akal kita berada jauh melampaui apa yang kita jangkakan.


SEJARAH FREEMASON
ASAL-USUL PERGERAKAN FREEMASON
(BAHAGIAN 1)
Oleh :  Urang Ulu


Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kita pada masa ini memahami asas-asas dan aspek sejarah pergerakan Freemason. Mari kita mulai dengan mendefinisikan beberapa istilah. Kita akan mencapai sebuah perbincangan yang lebih mendalam pada tahap berikutnya merangkumi  aspek termasuklah pergerakan Freemason, Kabbalah, ilmu hitam, Illuminati ateisme, jin ,dan Zionisme.

Operative Mason adalah tukang batu yang terawal lebih dikenali kerana membina gereja besar Gothic dan istana Eropah. Namun Grand Lodge pertama Speculative Masonry ditubuhkan di London pada bulan Jun 1717. Freemason mula menerima apa yang dikenali sebagai Speculative Mason atau dengan kata lain orang biasa yang tidak mempunyai salah satu pengetahuan tukang batu atau kemampuan membina bangunan. Orang luar atau bukan Mason dilabel sebagai jahil oleh Mason. Alasan mengapa Mason menggunakan istilah penghinaan sebegitu kepada bukan Mason adalah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan Mason.

Grand Lodge pertama Speculative Masonry ditubuhkan di London pada bulan Jun 1717 


JADI DARI MANA ASALNYA PERGERAKAN FREEMASON?

Dalam Naskah Cooke 1410, salah satu teks yang tertua yang berkaitan dengan gerakan Freemason menyatakan bahawa : Pada masa pembinaan Haikal Nabi Sulaiman dimulakan oleh Nabi Daud, Nabi Sulaiman menggunakan 24 000 Mason dan Nabi Sulaiman mengesahkan hak-hak dimana ayahnya Nabi Daud menganugerahkan kepada Mason. Nabi Sulaiman sendiri mengajarkan mereka kaedah bahawa apa yang dikatakan tradisi dan amalan mereka yang tidak jauh berbeza dengan ritual dan upacara yang diamalkan oleh Mason pada masa kini.





Operative Mason yang membaca teks(Naskah Cooke) ini melihatnya sebagai kebenaran sejarah. Mereka percaya bahawa mereka mengulangi satu kemahiran yang mana bertarikh kembali ke zaman Nabi Sulaiman dan telah dikanunkan. Bagaimanapun tarikh pembinaan Haikal Nabi Sulaiman tidak selalu menjadi tarikh penting dalam kosmologi Freemason. Peranan utama ini pernah sekali diberikan kepada Menara Babylon. Naskah The Regius yang mendahului naskah Cooke selama 20 tahun menyatakan; Raja Namrud pembina menara Babylon terkenal itu sebagai "Yang Pertama dan Ketua Yang Paling Cemerlang". Sebenarnya adalah dia dan bukannya Nabi Sulaiman yang memberikan panduan asas kepada Mason atau dengan kata lain upacara-upacara pertama mereka ritual-ritual dan amalan-amalan

Manuskrip Regius merupakan manuskrip yang tertua berkaitan pergerakan Freemason


Sebuah teks Masonic dikenali sebagai Naskah Thistle 1756 mengatakan bahawa; Raja Namrud menubuhkan Mason dan memberi mereka pengenalan-pengenalan dan istilah-istilah supaya mereka boleh membezakan diri mereka sendiri daripada orang lain. Ia merupakan kali pertama dimana Mason adalah dikelolakan sebagai sebuah badan keahlian.

Adalah pada awal abad ke-18, dimana gerakan Fremason berhenti melihat asal-usulnya di Menara Babylon dan bahawa Nabi Sulaiman sendiri dianggap First Grand Master (Ketua Agung Utama). Teks masonic ke-18 menerangkan idea-idea dan gaya-gaya pada masa itu perubahan dari Operative Masonry ke Speculative Masonry. Teks-teks ini dipanggil "The Early Catechism". Ini telah ditetapkan dalam bentuk oleh Speculative Mason yang ingin melepaskan diri dari asal-usul keahlian yang mana memuliakan Menara Babylon dan Raja Namrud. Mereka sebaliknya lebih suka kepada Nabi Sulaiman atau misalnya satu pemeriksaan Mason 1723 menyatakan ; "Ketua(Nabi Sulaiman) agung seni pertukangan batu dan senibina pada zamannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan