Thailand akan runding dengan pemisah Islam
Jumaat 17 Ogos,2012
BANGKOK: Thailand semalam berkata, ia dalam usaha mengadakan rundingan damai dengan beberapa kumpulan pemisah Islam di wilayah selatan yang bergolak, bertentangan dengan polisinya, ekoran serangan kumpulan itu yang semakin meningkat, baru-baru ini.
Menurut Timbalan Perdana Menterinya, rundingan tidak rasmi sedang diusahakan antara agensi kerajaan di wilayah terbabit - Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan dan beberapa kumpulan pemisah Islam.
“Usah panggil ia rundingan, tetapi terdapat perbincangan untuk mencapai keamanan yang menjadi polisi utama kerajaan,” kata Yutthasak Sasiprapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara kepada wartawan. -
Sumber Bangkok Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan