Khamis, 30 Ogos 2012

Ban Ki-moon temui pemimpin Iran

Khamis 30 Ogos 2012
TEHRAN: Dalam satu mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Iran, Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB, memberitahu Ayatollah Sayyed Ali Hosseini Khamenei, Pemimpin Agung Iran dan Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran, bahawa perlu adanya kemajuan dalam perbincangan untuk menamatkan konflik nuklear Iran, kata jurucakap PBB.

Pada mesyuarat  Rabu lalu, yang disifatkan Republik Islam sebagai kemenangan diplomatik ke atas musuh Tehran di Amerika Syarikat dan Israel, ketua PBB  itu juga menyampaikan mesej yang tegas berkenaan hak asasi manusia di Iran, komen tajam mereka ke atas Israel dan penglibatan Iran dalam kekacauan berterusan di Syria, ujar jurucakap PBB, Martin Nesirky.

Ban menyeru untuk "pelaksanaan langkah konkrit untuk menangani kebimbangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency) dan untuk membuktikan kepada dunia bahawa program nuklear Iran adalah untuk tujuan keamanan".

Dalam pertemuan individu beliau dengan Khamenei dan Ahmadinejad, Ban, yang akan menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) pada Khamis dan Jumaat ini di Tehran, "kesal kerana hanya sedikit kemajuan yang mampu dicapai sepanjang perbincangan intensif tersebut "dan menambah," bahawa perbincangan ini perlu menjadi serius dan substantif. "

Israel

Ketua PBB itu juga mengutuk apa yang Nesirky panggil sebagai "retorik baru-baru ini yang kita dengar dari setiap pihak" berkenaan kemungkinan serangan ketenteraan Israel atau AS ke atas kemudahan nuklear Iran.

Tetapi Ban juga menegur kepimpinan Iran atas komen mereka terhadap Israel.

Khamenei bulan ini memanggil Israel "kanser yang makin menular" manakala Ahmadinejad telah berulang kali menyatakan keraguannya mengenai hak Israel untuk wujud.

Pemimpin PBB  itu “tegas membantah kenyataan-kenyataan pegawai-pegawai Iran baru-baru ini yang menafikan Holocaust dan hak Israel untuk wujud”.

“Beliau berkata kenyataan yang menyinggung perasaan dan mengapi-apikan sedemikian rupa tidak boleh diterima dan harus dikutuk oleh semua pihak," ujar Nesirky.

Peranan di Syria


Konflik Syria dan hak asasi manusia juga adalah isu penting dalam perbincangan tersebut.

Ketua PBB menggesa Presiden dan Pemimpin Agung Iran “untuk menggunakan pengaruh Iran dalam memberitahu kepimpinan Syria tentang keperluan mendesak supaya keganasan segera dihentikan dan untuk mewujudkan syarat-syarat  bagi proses dialog".

Iran juga didakwa melanggar undang-undang PBB sekatan dengan membekal senjata kepada pasukan tentera Presiden Bashar al-Assad.

Kerajaan Tehran telah memberikan sokongan terhadap usaha pengantaraan oleh utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab, Kofi Annan dan pengganti beliau Lakhdar Brahimi.

Tetapi Iran berkata bahawa Assad tidak boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan.

Ban sebelum ini "telah menyeru kepada semua negera untuk menghentikan pembekalan senjata kepada mana-mana pihak di Syria," kata jurucakapnya.

Pemimpin PBB mengesahkan komen beliau bahawa Iran mempunyai "peranan penting" dalam apa-apa penyelesaian kepada konflik Syria, yang dilaporkan aktivis telah mengorbankan kira-kira 24,000 orang.

Hak asasi manusia di Iran "masih menjadi punca kebimbangan," ujar Ban kepada pemimpin tertinggi negara Iran.

"Beliau berkata hak asasi sivil dan politik perlu dihormati," ujar Nesirky, di tengah-tengah kritikan antarabangsa yang makin meningkat berkenaan penggunaan hukuman mati dan tindakan Iran terhadap kumpulang pembangkang dan etnik minoriti.

Nesirky berkata Ban juga bertemu Saeed Jalili, bekas perunding nuklear dan pembantu kanan Pemimpin Agung Iran dan lain-lain pegawai tertinggi di parlimen dan kerajaan.

"Perbicangan-perbincangan ni telah menjadi sangat serius dan amat terperinci," ujar Nesirky.
Sumber Al Jazeera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan