Sudikah Morsi dan Erdagon membelinya ?
Jumaat 17 Nov.2012
"
Gaza
bakal diserang habis-habisan seperti tahun 2007 . Nampaknya Benjamin
Netahyahu bakal mengerahkan bala tentera haram Zionis untuk menyerang
Gaza yang diperintah oleh HAMAS.
Menariknya, peperangan itu dilancarkan dikala Mesir dibawah Presiden dari Ikhwanul Muslimin.
Dan
lebih menarik lagi, serangan dibuat dikala Dr Yusof Qardawi sedang
membuat persiapan terakhir untuk teks khutbah Jumaatnya yang pertama di
Masjid Al Azhar dimana dua orang pimpinan negara Islam bakal
mendengarnya dan seterusnya solat Jumaat dibelakangnya. Iaitu Presiden
Mesir Mohammad Morsi dan Perdana Menteri Reccep Erdagon.
Erdagon semestinya dikenang oleh Zionis atas keberaniannya menyanggah
serta mengecam ucapan Simon Peres dalam satu persidangan antarabangsa di
Switzerland tiga tahun lepas.
Netanyahu
begitu berani mengambil langkah "bermain-main api". Barangkali beliau
ingin menguji " tahap perpaduan" antara Mesir dan Turki. Juga untuk
menguji pengaruh Morsi keatas Tentera Mesir.
Begitu juga adakah Netanyahu barangkali ingin mengukur pengaruh Dr Yusof Qardawi selaku Pengerusi Ulamak Sedunia?
Ada beberapa faktor mengapa Netanyahu berani bertindak ke atas Gaza. Antaranya :
i) Dunia Arab sedang memberi perhatian penuh ke atas konflik Syria.
ii) Turki menghadapi kebanjiran pelarian Syria dan ancaman Tentera Bashar.
iii) Amerika baru sahaja menghadapi bencana Taufan Sandy..
iv) Presiden Obama perlu tanggani masalah skandal Ketua CIA..
Kita sedang menunggu isi khutbah Dr Yusof Qardawi. Adakah beliau
dengan lantang menyeru Mesir ,Turki dan Dunia Arab bersatu
menisytiharkan jihad terhadap Regim Haram Zionis dan seruan itu
disahut oleh Morsi dan Erdagon?
Dia menjual...adakah kita sudi membelinya?
tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan