Golongan Salafi tuntut laksana Syariah
Kaherah: Beribu-ribu penyokong kumpulan Salafi berkumpul di
Dataran Tahrir sebelum solat Jumaat kelmarin bagi menggesa undang-undang
Syariah dilaksanakan segera di Mesir.
Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan mendesak Presiden Mohamed Morsi
bertindak segera melaksanakan hukum Islam. Mereka memenuhi dataran itu
sambil melaungkan, “Rakyat mahu undang-undang Allah dilaksanakan.”
Mesir sedang merangka Perlembagaan baru selepas revolusi dan Syariah
mengundang kontroversi - membahagikan golongan Islam dan sekular.
Ikhwanul Muslimin ingin melaksanakan undang-undang Islam secara
perlahan-lahan sebaliknya Salafi menggesa ia disegerakan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan