Presiden Turki perintah siasat badan-badan awam
, | Khamis 08 Nov 2012 |
Presiden
Abdullah Gül memberi kebenaran kepada sebuah badan tinggi kerajaan
semalam untuk mengaudit institusi-institusi pentadbiran awam untuk
meningkatkan tahap ketelusan di negara itu.
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman web pejabat beliau, Gül mengarahkan Lembaga Audit Kerajaan Turki (DDK), yang bekerja di bawah presiden, untuk mengaudit satu kumpulan institusi, termasuk Sekretariat Industri Pertahanan, Persatuan Bulan Sabit Merah Turki (Kizilay) dan Persatuan Bulan Sabit Hijau (Yeşilay). Perintah tersebut mencakupi pemeriksaan dan penilaian kecukupan sistem kawalan dalaman.
Sistem tersebut merangkumi keselamatan dan privasi data peribadi pangkalan data milik kerajaan seperti cukai, populasi, pendaftaran tanah, polis dan pangkalan data kehakiman.
Gül telah menggunakan kuasa beliau menurut perlembagaan untuk memeriksa beberapa institusi awam yang orang ramai bimbang tidak mempunyai mekanisme pengauditan dalaman yang telus, sumber memberitahu Hurriyet Daily News, sambil menambah bahawa pengauditan sedang dijalankan.
Menurut pernyataan bertulis, DDK akan memberi tumpuan kepada pengauditan aktiviti dan prosiding Sekretariat Industri Pertahanan untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 dan tahun-tahun sebelumnya jika perlu; Agensi Pembangunan yang ditubuhkan pada tahun 2006 menurut Undang-undang No 5449 ;aktiviti dan prosiding Persatuan Bulan Sabit Merah bagi tahun 2010, 2011 dan 2012; kapasiti dan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Hijau untuk menentang dadah dan ketagihan lain; Undang-undang Paten dan pelaksanaannya; dan aktiviti dan prosiding Institusi Paten Turki untuk tahun 2010, 2011 dan 2012.
Sejak 2008, DDK telah menjadi sebuah badan yang aktif bekerja selaras dengan sensitiviti pendapat orang ramai, Pejabat Presiden berkata dalam satu kenyataan semalam. Kenyataan presiden itu berkata bahawa DDK telah menyiasat perkara berkaitan kematian bekas Presiden, Turgut Ozal; kontroversi sekitar kemalangan helikopter 2009 yang membunuh Muhsin Yazıcıoğlu, ketua Parti Kesatuan (BBP); dan tanggungjawab penjawat awam dalam pembunuhan Hrant dink, ketua editor akhbar mingguan Agos, yang terbunuh di Istanbul pada 19 Januari 2007.
"Dengan cara ini, keperluan dan fungsi audit luaran yang digariskan oleh Perlembagaan telah dipenuhi dan juga, keperluan dan harapan masyarakat untuk pengauditan dam pengawasan yang objektif yang timbul dalam sesetengah keadaan telah dipenuhi," kata kenyataan itu sebelum menyenaraikan bidang baru pemeriksaan , penyiasatan dan pengauditan untuk DDK yang telah digariskan di atas perintah Gül.
DDK, yang mula popular dan aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini ekoran laporan 13 Jun yang mengatakan kematian Ozal sebagai "mencurigakan" dan harus disiasat, mendorong pendakwa raya untuk membuka kes ke atas kematian tersebut. Mayat Ozal digali semula bulan lepas, tetapi laporan bedah siasat masih belum diselesaikan.
Sumber hurriyetdailynews.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan