Rabu, 7 November 2012


Detik Obama Menang Presiden Amerika Syarikat

Kemenangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dari parti Demokrat mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Berita kemenangan Obama yang disiarkan hampir seluruh stesen televisyen tempatan dan antarabangsa mula tersebar sejak jam 12.10 tengah hari tadi, berikutan kemenangan bergaya di negeri paling penting, California yang menyumbang 55 undi Electoral College (EC) bagi membolehkannya memperolehi 274 undi, mengatasi 270 undi yang diperlukan untuk menjawat jawatan presiden.


Beliau kini pemimpin kedua dari parti Demokrat selepas bekas presiden Bill Clinton berjaya menguasai Rumah Putih buat penggal kedua sejak perang Dunia Kedua 1945.


Perdana Menteri Britain, David Cameron mengucapkan tahniah kepada Obama menerusi satu panggilan telefon ke ibu pejabat kempen parti Demokrat di Chicago, Illinois, sejurus berita kemenangannya disiarkan stesen penyiaran kerajaan, British Broadcasting Corporation (BBC) kira-kira jam 1.24 pagi tadi waktu Timur (EST).

Manakala Presiden Perancis, Nicolas Hollande yang kuat menyokong Obama juga membuat tindakan serupa sambil mengucapkan tahniah kepada Romney biarpun kalah namun masih mampu memberi tentangan sengit hingga keputusan terpaksa ditentukan di negeri-negeri sebelah pantai barat seperti Washington dan California.

Obama memperolehi undi EC sebanyak 303, jauh mengatasi Romney yang cuma mampu mendapat 203 undi setakat kiraan jam 1.50 tengah hari tadi.

Dari segi pungutan undi popular pula, Obama mengutip 50,525,678 undi atau 50 peratus berbanding Romney yang memungut 50,396,585 undi juga dengan 50 peratus.

Sebentar tadi, Romney menghubungi Obama menerusi panggilan telefon dengan memanggil Obama "Mr President" walaupun presiden ke-44 itu hanya akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari tahun hadapan.

Obama menguasai negeri-negeri penting seperti New York, Pennsylvania, Washington, Wisconsin, California, Iowa dan Michigan manakala Romney menang di kawasan tengah dan selatan negara itu seperti di North Dakota, South Dakota dan Texas.

Keputusan penuh pengundian dijangka diketahui awal pagi nanti waktu Amerika Syarikat

Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan