Perancis: Islam ganti Katolik sebagai agama no 1
Warna merah menunjukkan pergerakan Tentera Islam mara menawan Eropah/Perancis |
Pada tahun 732 masehi, umat Islam ketika di bawah pemerintahan Bani Umayah telah mara sehingga ke Utara Poitiers, sebuah daerah di Perancis untuk mengembangkan penguasaan mereka di Eropah. Kekuatan bala tentera umat Islam ketika itu dikatakan sebagai satu kekuatan yang paling kuat di muka bumi.
Malangnya serangan umat Islam yang diketuai oleh Abdul Rahman Al-Ghafiqi, untuk terus mara menjajah Perancis telah dapat dipatahkan oleh orang Kristian yang diketuai oleh Charles Martel. Peperangan tersebut dinamakan sebagai "Peperangan Tours". Ini disebabkan pertempuran hebat berlaku di Sempadan antara Poitiers dan Tours.
Ramai penganalisis barat menyatakan kemenangan Charles Martel menewaskan tentera Islam yang ketika itu jumlahnya dikatakan lebih ramai daripada tentera Kristian, merupakan antara sebab Kristian berjaya dipertahankan sebagai agama utama bangsa Eropah. Sejak itu mereka berbangga kerana Islam telah gagal menguasai bangsa Eropah.
Namun kini, di bumi yang sama di Perancis, rakyat mereka mula lemas dengan perkembangan agama Islam yang begitu meluas berkembang. Jumlah masjid yang dibina meledak dengan tinggi sekali. Jumlah bangunan gereja pula terhapus dengan cepat dan kebnyakannya bertukar menjadi Masjid setelah dibeli oleh kesatuan umat Islam di sana.
Dalam satu bancian terbaru di France. jumlah penganut Islam yang mengamalkan agama mereka didapati lebih besar sebanyak dua kali ganda berbanding jumlah penganut Katolik yang mengamalkan agama mereka. Ini sekali gus meletakkan Islam sebagai agama paling utama di Perancis!!!!
Warta Shubhi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan