Foto foto hukum hudud
Rabu 7 Nov.2012
Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.
Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengantakzir (discretionary punishment).(Mantan Mufti Perlis Dr Asri)
Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :
Si pesalah di tanam separuh badan.
Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.
Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda
jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap
bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.
Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil
sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil
pengajaran dan keinsafan.
Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.
Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah
di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya
dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari
maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.
Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz
mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama
Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya
Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada
seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).
“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan
wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah
mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya
dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)
Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.
Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri
secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta
ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut
kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata.
Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar
dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan
untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah
keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang
lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau
sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan
terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat
dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti
itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan
hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.
Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah
diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah
(berpakaian putih) telah dipancung lehernya.
Kedua-dua pesalah telah dipancung.
Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di
Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk
menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi.
Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan
tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun
dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah
tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para
pekerja.
Di Aceh
Sumber fitrahislamionline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan