Banyak tempat sejarah akan luput?
Ahad 11 Nov 2012
Wujud kebimbangan bahawa pembangunan semula Masjid Nabawi sebahagian usaha mengalihkan fokus daripada makam Nabi
TIGA
masjid tertua di dunia sedang di ambang kemusnahan sedang kerajaan Arab
Saudi memulakan projek perluasan berbilion dolar di kawasan Tanah Suci
Madinah.
Kerja perluasan Masjid Nabawi, yang turut menempatkan makam Rasulullah saw, akan dimulakan bulan ini (November) selepas berakhirnya musim haji.
Apabila siap kelak, pembangunan itu akan menjadikan masjid tersebut bangunan terbesar di dunia yang dapat menampung 1.6 juta jemaah.
Bagaimanapun beberapa kebimbangan telah ditimbulkan bahawa pembangunan itu akan meluputkan sekali beberapa tempat bersejarah.
Rasa marah semakin membara terhadap kerajaan Saudi kerana tidak mengambil peduli usaha mengekalkan warisan sejarah dan arkeologi di bandar suci ini.
Sebahagian besar perluasan Masjid Nabawi akan berlaku di bahagian barat masjid itu, yang menempatkan makam dua sahabat Nabi iaitu Sayidina Abu Bakar dan Umar.
Di luar tembok sebelah barat di kawasan terdapat masjid yang dikhususkan kepada Abu Bakar dan Umar serta masjid Ghamama yang dibina sebagai tanda tempat Nabi dikatakan mendirikan solat pertama Aidiladha.
Kerajaan Arab Saudi belum mengumumkan sebarang rancangan mengekalkan atau memindahkan tiga masjid itu, yang wujud sejak abad ketujuh dengan struktur era empayar Ottoman, atau mengarahkan penggalian arkeologi sebelum ia dirobohkan.
Ini menimbulkan keprihatinan di kalangan beberapa ahli akademi.
"Tidak ada yang menafikan bahawa Madinah perlu diluaskan, tetapi cara pihak berkuasa melakukannya itulah yang membimbangkan," Kata Dr Irfan Al-Alawi daripada Yayasan Penyelidikan Warisan Islam (Islamic Heritage Research Foundation).
"Ada cara perluasan yang boleh mereka lakukan dengan mengelakkan atau mengekalkan kawasan lama Islam tetapi mereka mahu robohkan semua."
Sepanjang 10 tahun lalu, Dr Alawi telah cuba mengetengahkan soal kemusnahan kawasan awal Islam.
Dengan perbelanjaan penerbangan rendah dan berkembangnya golongan pertengahan penduduk di negara-negara Islam, Makkah dan Madinah berusaha menampung 12 juta jemaah yang berkunjung ke sana setiap tahun. Angka itu dijangka berkembang kepada 17 juta pada 2025.
Kerajaan Saudi berasa ia mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memutuskan apa yang harus berlaku dalam tahap awal Islam.
Walaupun ia telah memperuntukkan berbilian dolar bagi perluasan di Makkah dan Madinah, ia juga melihat kededua kota suci itu sebagai menguntungkan bagi negara yang amat bergantung pada kekayaan minyaknya itu.
Para pejuang kempen warisan dan penduduk setempat tergamam melihat kawasan dan tempat bersejarah di Makkah dan Madinah dirobohkan bagi membina pusat beli-belah, hotel mewah dan bangunan pencakar langit.
Institut Teluk (Gulf Institute) yang berpangkalan di Washington menganggarkan bahawa 95 peratus daripada bangunan-bangunan berusia 1,000 tahun di dua bandar itu telah dirobohkan sepanjang 20 tahun lalu.
Di Makkah, Masjidil Haram, tempat paling suci, kini dibayangi kompleks Jabal Omar - pembangunan yang merangkumi bangunan apartmen pencakar langit, hotel dan menara jam. Untuk membinanya, pihak berkuasa Saudi telah merobohkan kubu Ajyad yang dibina semasa era Ottoman dan bukitnya sekali.
Lain-lain kawasan bersejarah yang hilang termasuk tempat lahir Nabi - yang kini menjadi perpustakaan - dan rumah isteri pertama Baginda, Sayidatina Khadijah, yang diganti dengan bangunan tandas awam.
Kerajaan Saudi sebelum ini pernah mempertahankan rancangan perluasan di dua bandar suci itu sebagai satu keperluan.
Ia menyatakan bahawa banyak hotel bajet telah dibina untuk jemaah yang kurang berada, walaupun pengkritik menyatakan bahawa ia dibina berbatu-batu jauhnya daripada kawasan Tanah Suci.
Pembangunan semula di Madinah tidak sepesat di Makkah, walaupun sebilangan kawasan awal Islam turut hilang.
Daripada tujuh masjid yang dibina sempena Perang Parit - saat penting dalam perkembangan Islam, - hanya dua yang masih ada.
Sebuah masjid milik cucu Nabi telah diledakkan 10 tahun lalu. Gambar yang merakamkan detik itu diambil secara rahsia dan diseludup keluar. Ia menunjukkan polis keagamaan merayakan bangunan yang sedang diruntuhkan.
Sikap tidak kisah terhadap sejarah awal Islam itu adalah kerana kerajaan itu mengamalkan faham Wahabi - interpretasi Islam yang tegas dan keras (tidak kompromi) yang menentang apa jua yang mungkin boleh menggalakkan kecenderungan terhadap sembahan berhala.
Di banyak tempat dalam Dunia Islam, banyak makam dibina. Berkunjung ke tanah perkuburan juga perkara biasa. Tetapi fahaman Wahabi melihat amalan itu sebagai satu perbuatan hina.
Polis keagamaan berusaha melarang penganut Islam daripada bersembahyang atau berkunjung ke tempat-tempat yang dikaitkan dengan zaman Nabi sementara pemimpin agama bekerja keras ke arah menghapuskan kawasan-kawasan bersejarah.
Dr Alawi bimbang bahawa pembangunan semula Masjid Nabawi adalah sebahagian daripada usaha lebih luas mengalihkan fokus daripada makam Nabi. Tempat makam Nabi ditandai dengan kubah hijau dan berada di tengah-tengah masjid itu.
Tetapi di bawah perancangan baru, ia akan terletak di bahagian sebelah kiri bangunan yang lapan kali lebih luas daripada saiz sekarang ini dengan mimbar baru.
Terdapat juga rancangan merobohkan relung solat di tengah masjid itu. Kawasan itu membentuk sebahagian daripada Riyadul-Jannah (Taman Syurga) - satu kawasan masjid yang ditetapkan Rasulullah sebagai suci.
"Alasan mereka ialah mereka mahu menyediakan ruang lebih luas dan mewujudkan 20 ruang dalam masjid itu yang mampu menampung 1.6 juta jemaah," kata Dr Alawi.
"Ia tidak masuk di akal. Apa yang mereka sebenarnya mahukan ialah memindahkah fokus jauh daripada makam Nabi."
Satu risalah yang diterbitkan dalam 2007 oleh Kementerian Ehwal Islam, yang disokong oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdulaziz al Sheikh, menyerU supaya kubah dirobohkan dan makam Nabi, Sayidina Abu Bakar dan Umar diratakan. Sheikh Ibn al-Uthaymeen, salah seorang daripada cendekiawan terkenal Wahabi abad ke-20 - membuat seruan serupa.
"Menutup mulut terhadap pemusnahan (tempat bersejarah) Makkah dan Madinah adalah satu bencana dan satu kepura-puraan," kata Dr Alawi.
"Filem mengenai Nabi Muhammad saw baru-baru ini menarik bantahan seluruh dunia tetapi pemusnahan tempat lahir Nabi, tempat baginda beribadah dan mengasaskan Islam, dibiarkan berterusan tanpa sebarang kritikan," ujar beliau.
Sumber 'The Independent'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan