95% Pemain Kelantan Kekal, Nama Mat Yo Tidak Ada
KOTA
BHARU – Lebih 95 peratus senarai pemain The Red Warriors yang diumumkan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa
malam tadi, kekal bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Antara
pemain yang kekal adalah Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd
Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra
Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad serta Obina Nwaneri.
Beberapa
pemain baru juga turut diumumkan iaitu Mohd Haris Safwan Md Kamil yang
sebelum ini beraksi di Johor FC, K Nanthakumar dari Perak serta Zairo
Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri dari T-Team.
Beberapa
pemain Kelantan musim ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke
pasukan lain seperti Mohd Nurul Azwan Roya (Johor), Muhammad Ramzul
Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak).
Sementara
itu, Annuar Musa berkata, Mohd Badhri Radzi (Piya) dikekalkan sebagai
ketua pasukan sementara Indra Putra pula sebagai timbalan ketua pasukan
pada musim depan.
“Alhamdulillah,
kita bertuah kerana mempunyai ramai pemain yang memiliki kualiti
kepimpinan yang tinggi. Selain Piya dan Indra, kita turut ada Shakir,
Khairul Fahmi, Subra, Farhan dan ramai lagi yang memiliki skil
kepimpinan semula jadi,” katanya ketika mengumumkan senarai pemain Liga
Malaysia Kelantan 2013 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, malam
tadi.
Mengenai status Norshahrul
Idlan Talaha (Mat Yo) dan Mohamad Ghaddar, Annuar berkata, nama pemain
paling bernilai 2012 itu tidak disenaraikan dalam senarai pemain untuk
musim depan tetapi Kafa masih lagi berbincang dengan Ghaddar sama ada
pemain dari Lubnan itu masih berminat untuk bersama The Red Warriors
lagi.
“Saya tidak mahu menghangatkan
lagi isu Mat Yo, biarlah kita lepaskan dia dan kita dapat berikan
tumpuan untuk mantapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim depan,”
katanya.
Kira-kira 8,000 penyokong
The Red Warriors memenuhi laluan perarakan tiga piala dari Hotel
Renaisance ke Stadium Sultan Muhammad IV.
Kelantan
mencipta sejarah treble musim ini apabila menjuarai tiga piala
berprestij Liga Malaysia iaitu Piala FA, Juara Liga Super dan Piala
Malaysia.
kelate.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan