Rabu, 21 November 2012

Gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza

Khami 22 Nov 2012
Gencatan senjata telah berkuatkuasa di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza, selepas Israel dan Hamas bersetuju untuk menghentikan permusuhan.

Sesetengah rakyat Palestin di Gaza City meraikan gencatan senjata di jalanan malam Rabu lalu, membunyikan hon kereta dan menyalakan bunga api

Menteri Luar Mesir mengumumkan perjanjian gencatan senjata beberapa jam sebelum ia berkuatkuasa pada 19:00 GMT hari Rabu.

Mohamed Kamel Amr mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata ketika beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di ibu negara Mesir, Kaherah.

Di bawah syarat-syarat gencatan senjata, Israel perlu menghentikan semua serangan terhadap Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara, termasuk serangan rentas sempadan dan pembunuhan yang disasarkan.

Puak Palestin juga perlu menghentikan semua serangan dari Gaza ke Israel, termasuk serangan roket dan serangan di sempadan.

Dua puluh empat jam selepas gencatan senjata ini berkuat kuasa, Israel akan bertanggungjawab untuk membuka semua laluan sempadan dan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat dan barangan ke enklaf tersebut. 
aljazeera.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan