Sabtu, 15 September 2012


Putera Britain William dan Duchess of Cambridge, Catherine, tiba di Pusat Penyelidikan Lembah Danum di Sabah, Malaysia pada 15 September, 2012. — Gambar Reuters

Putera Britain William dan Duchess of Cambridge, Catherine, tiba di Pusat Penyelidikan Lembah Danum di Sabah, Malaysia pada 15 September, 2012. — Gambar Reuters 


Putera William dan isteri Kate melawat Lembah Danum kelmarin untuk melihat keindahan kawasan hutan hujan tropika utama di Sabah. — Gambar Reuters
KOTA KINABALU, 16 Sept — Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Kate Middleton mengakhiri lawatan empat hari ke Malaysia hari ini. Pasangan diraja itu diraikan pada majlis perpisahan permaidani merah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 7 pagi.
Putera William dan Kate berlepas ke Kepulauan Solomon dan Tuvalu.
Antara yang hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasangan diraja itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitinggan dan Datuk Dr Yee Moh Chai, setiausaha kerajaan negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dan orang kenamaan yang lain.
Putera William dan Kate tiba di Kuala Lumpur Khamis lepas sebelum meneruskan lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah pada petang Jumaat.
Semalam, pasangan diraja itu, dengan menaiki helikopter, melawat Lembah Danum dan menghabiskan masa kira-kira tiga jam melihat keindahan kawasan hutan hujan tropika utama di Sabah itu yang terletak kira-kira 70km dari Lahad Datu.
Malaysia merupakan destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari pasangan diraja itu ke Timur Jauh, sebagai wakil Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 tahun pemerintahan baginda. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan