Isnin, 3 September 2012

Lima cedera serangan bom di Narathiwat

Selasa 4 Sept.2012



SEBUAH kenderaan yang membawa beberapa askar terbalik ekoran letupan bom
di sebatang jalan raya di Narathiwat semalam.



BANGKOK - Lima anggota tentera cedera dalam satu serangan bom di Takbai, Narathiwat semalam.
Jurucakap polis Narathiwat berkata, dalam insiden itu, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram meletup ketika kenderaan pikap tentera menghampiri Jambatan Kampung Padado di Ban Nak, Takbai pada 12.20 tengah hari. Dalam perkembangan lain, dua butir bom buatan sendiri ditemui di Sungai Padi, Narathiwat semalam.
Ketua Polis Sungai Padi, Kolonel Pirapol Na Phattalung berkata, bom itu ditemui di Kampung Chok Wa berhampiran Stesen Keretapi Kampung Tokdeng.
"Kami percaya sasaran mereka ialah anggota keselamatan yang bertugas di jalan raya dan jalan kereta api di kawasan itu," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan