Jumaat, 7 September 2012

Obama minta diberi peluang jadi Presiden AS

Sabtu 8 Sept.2012

OBAMA, isterinya dan dua anak mereka, Sasha (kiri) dan Malia berada di atas pentas pada Konvensyen Kebangsaan Parti Demokratik di sebuah pusat sukan di Charlotte, Carolina Utara kelmarin.


CHARLOTTE, Carolina Utara - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin meminta pengundi AS memberikannya menjadi Presiden bagi penggal kedua.
Empat tahun selepas berkuasa, Obama menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyatakan perubahan boleh dilakukan dengan mudah di negara ini.
"Laluan yang kita tawarkan mungkin sukar tetapi ia membuka ke arah tempat yang lebih baik. Saya meminta anda memilik masa depan itu," katanya.
Obama menyatakan demikian pada Konvensyen Kebangsaan Parti Demokratik yang diadakan di sini dua bulan sebelum pilihan raya Presiden diadakan.
Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada 4 November depan.
Obama akan berdepan dengan Mitt Romney dari Parti Republikan.
Presiden berusia 51 tahun itu merupakan penduduk berkulit hitam pertama yang memegang jawatan tersebut di AS.
"Pilihan raya empat tahun lalu bukannya tentang saya. Ia adalah tentang anda. Rakan-rakan warganegara saya, anda yang mengubah," kata Obama.
Kira-kira 20,000 penyokong memenuhi sebuah pusat sukan di sini yang menjadi lokasi konvensyen tersebut.
Mereka menjerit 'empat tahun lagi' yang merujuk kepada penggal kedua untuk Obama.
Ketika Obama memegang jawatan tersebut, ekonomi AS tidak begitu kukuh.
Sementara itu, kadar pengangguran di AS berada pada paras 8.1 peratus pada Ogos lalu.
Ia merupakan peningkatan berbanding perangkaan pada Julai lalu.
Pada Julai lalu, kadar pengangguran ialah 8.3 peratus.
Pada bulan lalu, sebanyak 96,000 peluang pekerjaan diwujudkan.
Menurut Statistik Biro Buruh, kebanyakan pekerjaan itu ialah di restoran, bar, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kesihatan dan profesional. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan