Ahad, 9 September 2012

Malaysia tuan rumah APEC 2020

Ahad September 09, 2012
Najib (hadapan, dua dari kanan) bersama pemimpin-pemimpin negara yang lain semasa upacara fotografi di Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Apec ke-20 yang berakhir di Vladivostok 9 September, 2012. — Gambar Reuters
VLADIVOSTOK, Sept 9 —  Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2020, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata mengikut turutan, Malaysia dijadual menganjurkan acara itu pada 2020, iaitu tahun yang bertuah dan penting bagi negara ini.
"Perkara ini dalam perancangan dan (Malaysia) akan menjadi tuan rumah acara itu," katanya ketika memberi taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Apec ke-20 yang berakhir di sini hari ini. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan