Tragedi Titanic berulang, penumpang kapal berebut jaket keselamatan
Selasa 17Januari 2012Penumpang kapal Costa Concordia, kapal pesiaran mewah Itali yang tenggelam di luar pantai Tuscan Jumaat malam waktu tempatan, 14 Januari 2012, menceritakan bahawa mereka saling berebut jaket keselamatan ketika kapal karam.
"Ketika itu saya yakin saya akan mati. Orang-orang cuba untuk mencuri jaket keselamatan antara satu sama lain. Kami hanya mendapat satu jaket pelampung untuk kanak-kanak, "kata Antonietta Sintolli, 65 tahun, mengisahkan saat-saat tenggelamnya kapal sambil teresak-esak kepada Reuters, 14 Januari 2012.
Sintolli dan beribu-ribu penumpang Costa Concordia berkata, mereka merasa tragedi tenggelamnya kapal Titanic seratus tahun lalu berulang kembali pada diri mereka. Orang-orang melompat begitu saja ke lautan sejuk demi menyelamatkan diri, dan mereka berebut jaket keselamatan akibat panik ketika kapal menghentam batu karang dan terkandas di perairan berhampiran Pulau Giglio.
"Kami berada di bot penyelamat selama dua jam, menangis dan berpegangan antara satu sama lain," ujar Sintolli. Berdasarkan maklumat dari para penumpang, sebahagian besar kru kapal Costa Concordia berbangsa Asia, dan hanya sedikit di antara mereka yang boleh berbahasa Itali. Akibatnya, kru kapal harus berjuang bersusah payah semasa proses pemindahan kepada penumpang.
Ketika ini, polis Itali telah menahan Kapten Kapal Costa Concordia, Francesco Schettino, dan Ciro Ambrosio. Kedua-duanya menghadapi tuduhan menjadi penyebab Concordia terkandas. Mereka juga dituduh melakukan pembunuhan kerana meninggalkan kapal terlebih dahulu, sementara para penumpang masih dalam situasi bahaya.
Sebuah sumber mengatakan, Schettino, kapten kapal berusia 52 tahun berasal dari Napoli, Itali, itu telah meninggalkan kapal sekitar pukul 23.00 waktu tempatan sekitar satu jam selepas kapal melanggar batu karang dan kapal mula tergenang air. Padahal, para penumpang Concordia sendiri baru diselamatkan pada pukul 03.00 Sabtu pagi.
Diterjemah dari fiqhislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan