Matlamat Perjuangan Islam yang jelas
Ahad 8 Januari 2012
Setiap orang yang menyertai mana mana harakah Islam harus memahami matlamat perjuangan harakah yang disertainya.Perjuangan harakah Islamiah mestilah berpaksi kepada bermatlamat untuk menarik manusia mengabdikan diri kepada Allah samada dalam kehidupan peribadi atau bermasyarakat, samada di dalam solat atau waktu berjual beli, samada dalam pemerintahan atau dalam menegakkan keadilan dan menjatuhkan hukum dan seterusnya.
Allah berfirman maksudnya “ Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepada ku”.(Al Zariat Ayat 56)
Mengabdikan diri kepada Allah bukan terhad kepada ibadah ibadah khusus saperti solat dan puasa sahaja tetapi ia merangkumi seluruh cara hidup “way of life” .Iaitu dengan tidak ada pemisahan diantara urusan urusan hidup dunia dan di akhirat.Dalam Islam tidak ada pemisahan atau pengasingan di antara hal hal dunia dan akhirat.Dengan erti kata Islam menolak fahaman sekular yang mengasingkan hal hal dunia dengan akhirat.
Pengabdian diri kepada Allah juga bererti menolak seluruh sistem ciptaan manusia yang membawa kepada pengabdian diri kepada Taghut saperti sistem demokrasi, kapitalisme, nasionalisme,sosialisme dan segala isme isme yang diwujudkan oleh manusia.Sistem sistem tersebut nyata gagal dan lemah kerana tidak mampu menegakkan sifat sifat keinsanan manusia dalam menghadapi perjuangan merealisasikan nilai nilai diri manusia.Allah berfirman yang maksudnya “ Apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak menciptakan (apa apa), maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran”. (a Nahl Ayat 17)
Islam menolak sistem sistem tersebut kerana ia mencabul hak Allah ke atas manusia di dalam hal “ubudiyah dan hakimiyyah”. Allah berfirman saperti maksudnya “ Menetapkan hukuman itu hanya hak Allah”. (al-An’am Ayat 57).
(Sumber rujukan – Apa erti saya menganut Islam oleh Ustaz Fathi Yakan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan