Khamis, 12 Januari 2012

Shit - Askar Amerika Kencing Mayat Pejuang Taliban

Khamis 12 Januari 2012



Satu lagi skandal berlaku di Afghanistan apabila video menunjukkan 3 orang askar Amerika mengencingkan mayat beberapa lelaki yang dipercayai pejuang Taliban. Didsalam video 40 saat tersebut askar Amerika boleh didengari mentertawakan mayat pejuang taliban sebelum kencing diatas mereka. Salah seorang diantara askar tersebut sempat berkata "Have a good day buddy"

Pihak Pentagon hari ini mengeluarkan kenyataan yang mereka akan melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan video tersebut. Ini bukanlah skandal pertama membabitkan askar Amerika. Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kewujudan "Death Squad" yang membunuh orang awam secara rawak bagi membalas dendam rakan mereka yang mati dibunuh pihak insurgen. Selepas itu insiden askar Amerika membunuh kambing dengan kayu baseball pula tersebar. Oh dan jangan lupa insiden Abu Gharib dan kekejaman di Guantanamo Bay

Persoalan saya sekarang ialah mana Top Top Perang. Kalau bendera ada muka Dato Seri 1Najib kamu nak meludah, apa kamu nak buat bila pejuang kebebasan beragama Islam dikencingkan?

Saya berharap Top Top Perang dan Panglima Perkasa melakukan demo meminta Amerika minta maaf dan jika tak minta maaf buat video baru
 
 Sumber: blogserius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan